Kemeriahan pulang ke kampung, berkumpul adik-beradik dan sanak-saudara menjadi kegembiraan yang tidak dapat diungkapkan di hari raya.
Kemeriahan pulang ke kampung, berkumpul adik-beradik dan sanak-saudara menjadi kegembiraan yang tidak dapat diungkapkan di hari raya.
Hanis Aliaa Hidzir

SAMBUTAN Aidilfitri adalah perayaan paling penting serta bermakna buat Muslim di Malaysia dan merayakannya bersama keluarga menjadi satu kemestian.

Suasana meriah pulang ke kampung, berkumpul adik-beradik dan sanak-saudara menjadi kegembiraan yang tidak dapat diungkapkan dan rahmat yang besar di hari raya.

Namun, tidak semua orang berpeluang atau berkemampuan untuk meraikan lebaran bersama keluarga di kampung halaman mereka.

Tahun ini, Eratkan Jalinan dengan Tropicana Twister ingin menyatukan lebih 1,000 individu terpilih bersama keluarga mereka di hari raya.

Eratkan Jalinan bersama Tropicana Twister

Tropicana Twister memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman dengan 40 tiket penerbangan domestik dua hala, 150 tiket bas sehala dan lebih 800 tiket kereta api sehala (KTMB) untuk lokasi terpilih di Malaysia.

Berikut langkah mudah untuk mengambil bahagian dalam Eratkan Jalinan bersama Tropicana Twister:

  1. Layari www.tropicanatwister.my
  2. Pilih mod pengangkutan yang ingin dimenangi
  3. Jawab dua soalan Tropicana Twister untuk peluang memenangi tiket pulang ke kampung

Peraduan bermula dari sekarang hingga 19 April 2023. Jangan lepaskan peluang ini! 

Eratkan Jalinan bersama Tropicana Twister yang mengandungi Vitamin C. Vitamin C menyokong sistem imun anda. Sertai sekarang untuk peluang pulang beraya! 

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.tropicanatwister.my

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2023 @ 12:10 PM