CARSOME Certified Lab, sediakan kemudahan pengubahsuaian kereta yang terbesar di Asia Tenggara. - FOTO CARSOME
CARSOME Certified Lab, sediakan kemudahan pengubahsuaian kereta yang terbesar di Asia Tenggara. - FOTO CARSOME
Mohammad Asyraf Khalib

MEMBUAT keputusan untuk membeli kereta terpakai pasti menimbulkan pelbagai kegusaran kepada sesetengah pembeli.

Ia berikutan terdapat banyak perkara dan proses rumit yang perlu dilalui serta diteliti sebelum kereta itu boleh dibawa pulang.

Jika tersilap langkah, pembeli mungkin terpaksa menanggung kerugian besar akibat kereta yang dibeli pernah mengalami kemalangan teruk atau kerosakan serius.

Bagaimanapun, semua risiko dan masalah seperti itu dapat dihindari jika pembeli memilih untuk berurusan dengan syarikat pengedar kereta terpakai yang dipercayai seperti CARSOME.

Beli dengan CARSOME

CARSOME adalah sebuah syarikat pengedar kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara. 

Syarikat ini menawarkan penyelesaian menyeluruh kepada pengguna dan penjual kereta terpakai dengan jaminan perkhidmatan yang dipercayai, mudah dan cekap.

Menerusi platform e-dagang CARSOME, pengguna berpeluang memilih lebih daripada 30 jenama kereta mengikut bajet dan keperluan mereka.

Lebih menarik, pembeli juga tidak perlu menunggu lama kerana semua kereta terpakai sudah tersedia dan siap untuk dibawa pulang.

Ketika proses membeli, pelanggan diberi akses kepada maklumat kenderaan secara telus seperti senarai ketidaksempurnaan, laporan pembaikan semula, harga serta berpeluang melihat kereta dari dalam dan luar menerusi pandangan 360 darjah secara dalam talian.

Paling penting, pelanggan hanya perlu membayar harga kereta yang tetap iaitu sama seperti dipaparkan secara dalam talian tanpa sebarang caj tambahan tersembunyi.

CARSOME Certified

Dari segi kualiti, pelanggan tidak perlu bimbang kerana semua kereta yang ditawarkan di platform CARSOME disahkan CARSOME Certified.

CARSOME Certified adalah penanda aras kualiti yang boleh dipercayai yang mana setiap kereta melalui pemeriksaan 175-titik bagi memastikan ia bebas daripada kemalangan teruk, kerosakan kerangka, kebakaran dan banjir.

Setiap kereta CARSOME Certified juga sudah menjalani proses baik pulih di CARSOME Certified Lab, sebuah fasiliti yang canggih serta dipantau oleh juruteknik yang berkemahiran.

Bagi menambah keyakinan kepada pembeli, CARSOME menawarkan satu tahun jaminan bagi setiap pembelian kereta CARSOME Certified untuk menjamin ketenangan minda pembeli.

CARSOME juga memberi jaminan pulangan tunai dalam masa lima hari jika pembeli ingin menukar fikiran tentang kereta yang dibeli oleh mereka.

Ini bermakna, pembeli dibenarkan untuk membuat pemulangan kereta dalam tempoh lima hari dan berhak menerima bayaran balik sepenuhnya tanpa sebarang soalan kepada pembeli.

Baucar sehingga RM200,000

Sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini, CARSOME berbesar hati meraikan pelanggannya dengan menawarkan pelbagai baucar bernilai sehingga RM200,000. 

Lebih menarik, pembeli kereta juga bakal menerima baucar servis percuma selama satu tahun merangkumi dua kali servis asas serta berpeluang menikmati diskaun kereta bernilai sehingga RM8,000 dan satu tahun jaminan. 

Selain tawaran baucar di atas, pembeli turut berpeluang menikmati pelbagai promosi servis kereta daripada Pusat Servis CARSOME seperti:

  • Pakej servis daripada RM98 + percuma pemeriksaan 20-titik.
  • Diskaun istimewa untuk perkhidmatan terpilih.
  • Diskaun tambahan 10 peratus untuk penukaran bateri + jaminan 15 bulan.
  • Diskaun 15 peratus untuk bilah pengelap cermin hadapan.
  • Diskaun 15 peratus untuk perkhidmatan asas penghawa dingin.
  • Diskaun 15 peratus untuk perkhidmatan pembersihan brek menggunakan jenama liqui moly.

*Tawaran ini sah bermula dari 20 Mac hingga 30 April 2023

Bagi anda yang berminat untuk membeli kereta terpakai dengan jaminan kualiti yang terbaik, pastikan anda mengisi borang di sini secara dalam talian atau dapatkan maklumat lebih lanjut dengan melayari pautan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mac 2023 @ 11:25 AM