Hanis Aliaa Hidzir

SELARAS dengan Pilihan Raya Negeri 2023 (PRN 2023) yang akan datang, Lumi News, aplikasi agregator berita pertama Malaysia melancarkan beberapa ciri baharu bagi membantu rakyat Malaysia kekal bermaklumat sepanjang musim pilihan raya.

Salah satu ciri baharu yang menarik ialah fungsi Chat yang membolehkan pengguna berinteraksi antara satu sama lain dalam masa nyata sambil menonton ceramah secara langsung atau mengikuti keputusan pilihan raya.

Ini adalah cara terbaik untuk berkongsi idea dan pendapat dengan pengguna lain serta merasai suasana negara ketika pilihan raya berlangsung.

Pengundi juga berpeluang untuk bersembang dengan profil yang disahkan di aplikasi, termasuk Syed Saddiq, Hannah Yeoh dan pembaca berita veteran, Charles Mohan.

Selain itu, Lumi News turut menampilkan siri News Stacks eksklusif oleh beberapa tokoh politik Malaysia terkenal termasuk Tun Mahathir, Rafizi Ramli, dan Hannah Yeoh.

Kandungan eksklusif ini bakal menghubungkan pengguna dengan perkara yang difikirkan dan dirancang oleh ahli politik dan pandangan mereka mengenai pilihan raya yang akan datang.

Pada hari pengundian, Lumi News akan menyediakan liputan langsung keputusan pilihan raya, dengan pecahan terperinci kiraan undi mengikut parti dan negeri.

Pengguna juga boleh menyediakan pemberitahuan tersuai untuk menerima kemas kini keputusan bagi negeri pilihan mereka.

Antara muka estetik, mudah difahami

Aplikasi ini memperkenalkan dua antara muka utama ke halaman keputusan iaitu terperinci dan keseluruhan yang mana gambaran keseluruhan akan memaparkan parti-parti terkemuka untuk semua enam negeri.

Manakala, paparan terperinci menampilkan pecahan kiraan pengundian bagi setiap gabungan yang bertanding.

Walau bagaimanapun, kedua-dua antara muka akan membawa kepada paparan Mod Perlumbaan yang mana rakyat Malaysia dari semua peringkat umur dapat mengetahui gabungan mana mendahului hanya dari satu pandangan.

Ketiga-tiga bentuk pengiraan keputusan (Keseluruhan, Terperinci dan Mod Perlumbaan) akan sentiasa dikemas kini, membolehkan pengguna melihat kiraan undian masa nyata secara langsung menerusi aplikasi Lumi News.

Dengan liputan yang komprehensif, ciri-ciri yang menarik dan antara muka yang mudah digunakan, Lumi News ialah sumber utama untuk rakyat Malaysia yang ingin membuat undian termaklum.

Muat turun aplikasi Lumi News secara percuma di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Ogos 2023 @ 12:06 PM