Episod pertama akan membincangkan topik ‘Mempersendakan Agama’ bersama Ustaz Amin dan Caprice.
Episod pertama akan membincangkan topik ‘Mempersendakan Agama’ bersama Ustaz Amin dan Caprice.
Hanis Aliaa Hidzir

SEJAK diperkenal pada 13 September tahun lalu, Sembang Viral berjaya mencuri perhatian penonton dan menerima sambutan yang sangat memberangsangkan.

Mula bersiaran sebagai kapsul 10 minit, Sembang Viral kembali dengan musim terbaharu bagi membincangkan isu tular di media sosial mengikut perspektif Islam secara santai bersama ahli panel jemputan.

Sembang Viral akan dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor selain turut menampilkan ahli panel jemputan yang terdiri daripada pendakwah bertauliah, peguam syarie, pakar motivasi dan selebriti jemputan.

Lebih menarik, Sembang Viral juga tampil dengan segmen baharu 'Netizen Tanya' yang mana Rosyam akan membacakan soalan-soalan daripada netizen berkaitan isu agama dan kehidupan.

Episod pertama bakal bersiaran mulai 1 Ogos ini akan membincangkan topik 'Mempersendakan Agama' bersama ahli panel jemputan Ustaz Amin dan Caprice.

Saksikan Sembang Viral Musim Kedua setiap  Isnin, jam 10.30 malam di TV9 atau strim secara langsung di www.tonton.com.my

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini program TV9, layari http://www.xtra.com.my/ dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok TV9.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Ogos 2022 @ 10:55 AM