Hanis Aliaa Hidzir

BUAT julung kali, IGN SEA tampil membawakan pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang diterajui wanita.

Squad Up Athena yang dianjurkan oleh IGN SEA bagi memperkasakan wanita dalam e-sukan terutamanya di Asia Tenggara ini terbuka buat seluruh rakyat Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia.

Perlawanan Squad Up Athena yang bakal menyaksikan 24 pasukan berentap di pusingan kelayakan yang akan bermula pada 18 sehingga 20 Disember ini.

Lebih menarik, 12 daripada 24 pasukan itu turut dijemput sendiri oleh creators Facebook.

Bagi memeriahkan lagi Squad Up Athena, creators yang menyertai pertandingan ini juga bakal berentap dalam perlawanan persahabatan pada 21 Disember nanti.

Peringkat kebangsaan perlawanan akan bermula pada 7 Januari 2022 untuk Malaysia dan Singapura, 8 Januari di Indonesia dan 9 Januari bagi Filipina.

Peringkat antarabangsa pula bakal bermula pada 15 Januari 2022 di mana pasukan yang layak bakal bersaing.

Pertandingan Squad Up Athena menawarkan hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM20,000 bagi setiap 'region' manakala RM40,000 untuk pusingan akhir peringkat antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraturan pertandingan klik pautan ini dan daftarkan pasukan anda segera di laman sesawang berikut:

Malaysia dan Singapura: ​​https://bit.ly/athenamysg 

Indonesia: https://bit.ly/athenaid

Filipina: https://bit.ly/athenaph 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Disember 2021 @ 9:01 PM