Memilih jurusan keselamatan siber boleh menawarkan beberapa kelebihan untuk para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). - FOTO Hiasan
Memilih jurusan keselamatan siber boleh menawarkan beberapa kelebihan untuk para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). - FOTO Hiasan
Nur Amirah Abd Rani

HASRAT kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia sebagai langkah memperkukuh keselamatan siber di negara ini dilihat mampu membawa kepada tindak balas yang lebih berkesan terhadap ancaman siber. 

Memetik laporan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, penubuhan Suruhanjaya Keselamatan Siber berpotensi menjadi langkah positif yang mampu mengetengahkan pendekatan proaktif dalam menangani cabaran keselamatan siber di Malaysia.

Ketua Pusat Penyelidikan Forensik dan Keselamatan Siber (FSEC) Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU), Dr Julia Juremi melihat Suruhanjaya yang bakal ditubuhkan ini dapat memainkan peranan penting dalam membangunkan dasar serta merangka kerja keselamatan siber yang komprehensif dan diselaraskan mengikut keperluan negara.

Namun, penubuhan Suruhanjaya Keselamatan Siber yang berkesan memerlukan perancangan teliti dan peruntukan sumber dalam membentuk kepakaran teknikal yang diperlukan.

Katanya penubuhan Suruhanjaya Keselamatan Siber negara mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah secara langsung berikutan Malaysia kekurangan pakar dalam sektor keselamatan siber dan kekurangan tenaga kerja ini memerlukan pendekatan menyeluruh dan kolaboratif yang melibatkan kerajaan, ahli akademik, industri dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan.

Bagaimanapun, suruhanjaya itu boleh menyumbang untuk menyokong ekosistem keselamatan siber dan menggalakkan pengekalan bakat dengan menawarkan imbuhan yang kompetitif, mewujudkan peluang kemajuan kerjaya dan memupuk persekitaran kerja yang lebih kondusif.

"Langkah-langkah ini akan membantu memupuk ekosistem keselamatan siber yang lebih terjamin serta memastikan pertumbuhan dan pengekalan profesional mahir yang berterusan dalam bidang itu," katanya.

Beliau berkata, suruhanjaya juga boleh memainkan peranan dalam memupuk perkongsian awam-swasta, membolehkan kerjasama ini menggunakan sumber, kepakaran dan infrastruktur dalam menangani kekurangan profesional keselamatan siber secara berkesan.

Penubuhan Suruhanjaya Keselamatan Siber berpotensi membuka peluang pekerjaan kepada pelajar APU yang mendaftar dalam Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Maklumat dengan Pengkhususan dalam Keselamatan Sistem Maklumat, Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Komputer (Keselamatan Siber), Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Komputer dengan Pengkhususan dalam Forensik Digital, dan Sarjana Sains dalam Keselamatan Siber.

Penubuhan suruhanjaya ini turut berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan untuk pelajar keselamatan siber yang telah memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam tindak balas terhadap insiden siber, pengesanan ancaman dan pemantauan keselamatan melalui modul yang dipelajari dalam program mereka.

Memandangkan suruhanjaya ini mengutamakan peningkatan keselamatan siber negara, maka keperluan untuk tenaga kerja mahir akan meningkat bagi menyokong inisiatif berkenaan.

Hal ini dapat menghasilkan peluang yang baik bagi pelajar APU dalam menyumbang kepakaran sebagai jurulatih, pendidik atau perunding.

Selain itu, dengan adanya suruhanjaya khusus, dapat memberi penekanan yang lebih besar terhadap keupayaan tindak balas bagi menangani insiden dan operasi keselamatan.

Tenaga pengajar APU terdiri daripada ahli akademik yang diperakui secara profesional dan mampu menyampaikan amalan keselamatan siber dunia sebenar kepada para pelajar. - FOTO APU

Kelebihan jurusan keselamatan siber 

Memilih jurusan keselamatan siber boleh menawarkan beberapa kelebihan untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Memandangkan ancaman siber sentiasa meningkat, permintaan untuk pakar keselamatan siber kekal stabil dan menawarkan prospek pertumbuhan kerjaya yang cemerlang, dengan peluang pengkhususan dan peningkatan ke jawatan tertinggi.

Graduan keselamatan siber juga mempunyai kelebihan laluan kerjaya yang pelbagai, dengan peluang pekerjaan dalam bidang seperti keselamatan rangkaian, tindak balas terhadap insiden siber, ujian penembusan, perundingan keselamatan siber, pengurusan risiko, forensik digital, pembangunan perisian keselamatan dan pelbagai bidang lain.

Memandangkan pengkhususan kerjaya keselamatan siber memainkan peranan penting dalam melindungi aset digital, pekerja keselamatan siber sering ditawarkan imbuhan yang menarik.

Sebagai Universiti Teknologi Digital Perdana Malaysia, APU menyediakan pendekatan menyeluruh terhadap pendidikan keselamatan siber dengan menawarkan kurikulum seimbang yang merangkumi kedua-dua pengetahuan teori dan praktikal.

Di APU, pelajar mendapat manfaat daripada kepakaran ahli fakulti yang memiliki pengalaman industri, penerbitan penyelidikan dan pensijilan profesional dalam keselamatan siber. 

Ini membolehkan mereka memperoleh pandangan yang berharga dan menerima bimbingan daripada tenaga pengajar yang berpengetahuan secara menyeluruh.

Modul keselamatan siber APU dibangunkan bersama dengan kerjasama rakan kongsi industri dan diiktiraf peneraju industri bagi memastikan pengetahuan yang disampaikan seiring dengan keperluan terkini.

Selain itu, pelajar dapat menggunakan teknologi yang canggih, lengkap dengan makmal keselamatan siber dan perisian, menghasilkan pengalaman pembelajaran yang dipertingkatkan dengan keupayaan untuk melibatkan diri dalam latihan keselamatan siber yang praktikal.

Kesemua program ini mematuhi piawaian kurikulum antarabangsa dan keperluan industri, malah mengetengahkan amalan keselamatan siber dunia sebenar, sekaligus meningkatkan rekod prestasi graduan yang berkebolehpasaran.

CSTZ perkukuh kemahiran keselamatan siber

APU turut menyediakan CyberSecurity Talent Zone (CSTZ) atau ruang pembelajaran berinfrastruktur canggih yang menggabungkan sistem pemantauan keselamatan siber masa nyata, bergred ketenteraan, pusat penyelidikan dan infrastruktur simulasi.

Pusat Simulasi dan Tindak Balas Ancaman Siber (atau Cyber Range) dan Pusat Operasi Keselamatan (SOC) turut dilengkapi dengan data pemantauan secara langsung yang diekstrak daripada pangkalan data serangan siber di seluruh dunia. 

Ia berfungsi dalam menyediakan platform latihan bagi penggodaman beretika bertindak balas terhadap insiden atau ancaman siber.

Pelajar kursus keselamatan siber APU perlu menjalani latihan selama 50 jam mengendalikan  Pusat Operasi Keselamatan (SOC) dan perlu berjaya menyelesaikan semua aktiviti dalam penilaian, pelajar bakal diberikan sijil daripada TecForte yang merupakan rakan industri APU.

Graduan program keselamatan digital APU telah menjadi sebahagian daripada tenaga kerja keselamatan digital global.

Kesemua graduan APU dilengkapi dengan kepakaran dan kebolehan dalam membangunkan sistem perisian yang kompleks dan mengeksploitasi teknologi dan aplikasi baharu.

Kampus APU yang dibina khas dengan reka bentuk ultra-moden terletak secara strategik di Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), Kuala Lumpur, Malaysia. - FOTO APU

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus dan kemudahan keselamatan siber APU, sila layari www.apu.edu.my, hubungi 03-8996 1000/1300 888 278 (bebas tol) atau e-mel [email protected].

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Julai 2023 @ 10:36 AM