Antara bentuk serangan siber adalah perisian hasad iaitu nama kolektif untuk semua jenis perisian berniat jahat dan berbahaya. - FOTO Hiasan
Antara bentuk serangan siber adalah perisian hasad iaitu nama kolektif untuk semua jenis perisian berniat jahat dan berbahaya. - FOTO Hiasan
Nur Amirah Abd Rani

SERANGAN siber adalah satu bentuk ancaman yang wujud dalam sistem keselamatan komputer yang dilakukan dengan langkah mengeksploitasi kelemahan pengguna atau sistem yang menyebabkan kesan buruk. 

Antara bentuk serangan siber adalah perisian hasad atau (malware) iaitu nama kolektif untuk semua jenis perisian berniat jahat dan berbahaya. 

Berdasarkan statistik pada 2021, sebanyak 45,267 insiden serangan perisian hasad direkodkan pada dua suku pertama seterusnya menjadikan Malaysia kekal menduduki tangga kedua dengan jumlah serangan paling tinggi. 

Ancaman perisian hasad biasanya berlaku tanpa dapat dikesan melalui jangkitan virus pada komputer atau peranti pengguna dengan mempengaruhi proses peranti biasa untuk mencuri maklumat. 

Perisian hasad sering digunakan oleh pencuri siber untuk mencuri identiti dan seterusnya mencuri wang dari akaun pengguna. 

Menyedari tentang kepentingan pendidikan keselamatan siber, institusi perbankan terkemuka, Maybank terus komited untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada orang ramai mengenai ancaman siber ini. 

Pengguna boleh mengenal pasti dan mengamalkan langkah keselamatan untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa perisian hasad. 

Trend penipuan perisian hasad

Image

Berdasarkan data dari Maybank, antara jenis penipuan yang paling popular ialah penipuan perisian hasad.

Tipu helah yang biasa digunakan oleh penipu adalah memperdaya pengguna dengan iklan palsu dalam talian melalui laman media sosial seperti Facebook dan Instagram dengan menggunakan nama syarikat terkemuka bagi mempromosi diskaun, hadiah percuma dan lain-lain. 

Ini kerana, sekiranya pengguna terjerat dengan iklan ini, penipu akan membawa anda kepada laman web pembayaran palsu yang secara tidak langsung akan mendedahkan nama pengguna dan kata laluan perbankan anda. 

Pelanggan yang menjadi mangsa penipuan ini turut berdepan risiko kecurian maklumat peribadi seperti nombor SMS TAC, nama pengguna perbankan dan kata laluan. 

Tips selamat kenal pasti perisian hasad

Terdapat langkah mudah dari Maybank yang boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pengguna untuk mengenalpasti sekiranya pengguna mungkin berdepan ancaman perisian hasad. 

Image

Pengguna disarankan untuk tidak memuat turun atau menekan sebarang pautan fail yang dihantar dari nombor yang tidak dikenali. 

Elakkan dari menekan pautan atau memasang aplikasi sekiranya pengguna menerima pautan mencurigakan yang dihantar kepada anda melalui mesej. 

Image

Elakkan daripada meneruskan sebarang proses memuat turun fail sekiranya telefon bimbit atau peranti memberi amaran bahawa fail tersebut mungkin berniat jahat. 

Image

Pengguna juga mungkin berdepan risiko pencuri untuk memuat turun fail melalui peranti berlainan yang digunakan. 

Image

Jangan berikan kebenaran kepada sebarang aplikasi tidak dikenali yang meminta kebenaran untuk menghantar dan melihat SMS anda. 

Image

Elakkan daripada memasukkan nama dan kata laluan perbankan anda ke dalam aplikasi atau laman web mencurigakan dan pastikan pengguna mengesahkan imej dan frasa keselamatan Maybank2u untuk memastikan anda berada di laman web pembayaran yang asli. 

Sekiranya pengguna berdepan atau telah menjadi mangsa, segera hubungi talian 'fraud' hotline Maybank di 03-58914744. 

Peringatan mesra

Pelanggan Maybank sentiasa diingatkan untuk tidak menekan mana-mana pautan atau memuat turun sebarang aplikasi dan tidak berkongsi maklumat peribadi kepada sesiapa.

Selain itu, laman web M2U dan aplikasi mudah alih Maybank sentiasa dilengkapi dengan imej dan frasa keselamatan agar pelanggan dapat mengesahkan bahawa mereka mengakses ke laman web dan aplikasi mudah alih yang sah.

Pelanggan Maybank boleh mendapatkan maklumat terkini dengan mengikuti akaun media sosial Maybank yang sentiasa dikemaskini dengan berita dan tips keselamatan berkaitan ancaman siber. 

Orang ramai juga boleh mengikuti laman web https://maybank.my/MalwareAwareness untuk info lanjut dan perkembangan terkini. 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mac 2022 @ 10:54 AM