GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Ampang Jaya: Cubaan penagih dadah menyamar sebagai polis mengundang padah apabila ditahan di sebuah apartmen di Ukay Perdana, di sini, Khamis lalu.

Suspek berusia 27 tahun itu menyamar sebagai polis dengan menunjukkan plat besi berlogo Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika berurusan dengan pegawai keselamatan di apartmen terbabit.

Bagaimanapun mereka yang menyedari suspek menyamar kemudian menahan lelaki itu sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, hasil semakan mendapati suspek memiliki lima rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan narkotik.

"Polis kemudian membuat tangkapan ke atas suspek dan rampas barang kes itu untuk siasatan selanjutnya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mei 2023 @ 3:40 PM