Polis mengesan tiga saksi iaitu Norjana Mustapha, Ahmad Ridzuan Dahari dan Nur Liyana Sophiya Abdullah dengan alamat terakhir mereka di  No 9 Jalan UP 5/4 Ukay Perdana, 68000, Ampang Jaya, di sini bagi membantu siasatan kes dadah. FOTO IHSAN PDRM

Muhaamad Hafis Nawawi

Ampang Jaya: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya mengesan 3 beranak bagi membantu siasatan berkaitan satu kes dadah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mereka dicari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, saksi terbabit adalah Norjana Mustapha, Ahmad Ridzuan Dahari dan Nur Liyana Sophiya Abdullah dengan alamat terakhir mereka di No 9 Jalan UP 5/4 Ukay Perdana, di sini.

Katanya, saksi berkenaan atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nurulhuda Mohammed Yusof di talian 019-5415118.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mac 2022 @ 2:59 PM