FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Muhaamad Hafis Nawawi


Ampang Jaya: Dua wanita ditahan kerana menunggang motosikal curi di kawasan Ukay Perdana, di sini, semalam.

Kedua-dua wanita berusia 18 dan 19 tahun bekerja sebagai juruwang serta jurujual itu ditahan pada 10.30 malam itu, selepas menunggang motosikal Demak Evo Z warna hitam dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Ampang, Mohamad Farouk Eshak berkata, sepasukan Anggota Balai Polis Taman Melawatimenahan dua wanita semasa menjalankan penugasan snap-check di kawasan Ukay Perdana.

Menurutnya, semakan nombor kad pengenalan kedua-dua suspek dapati mereka tiada miliki sebarang rekod lampau jenayah dan tidak dikehendaki pihak polis.

"Pemeriksaan dan semakan lanjut yang dibuat ke atas motosikal yang dinaiki suspekdapati ia masih dilaporkan hilang bersabit laporan di Balai Polis Chow Kit.

"Pihak polis kemudiannya membuat tangkapan ke atas kedua-dua suspek serta merampas barangan kes," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Mohamad Farouk berkata, kesemua suspek berserta barangan kes dibawa balik ke Balai Polis Taman Melawati untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mac 2023 @ 10:59 PM