Hanis Aliaa Hidzir

SEBAGAI ejen Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Maybank menyediakan pelbagai kemudahan pengurusan produk ASNB secara dalam talian menerusi laman web Maybank2u dan aplikasi MAE.

Sejajar dengan objektif untuk memberikan pengalaman perbankan yang lebih baik, semua akaun ASNB perlu dihubungkan semula oleh pengguna dengan menyetujui terma dan syarat baharu mulai 9 November 2022.

Sebaik bersetuju, pengguna dapat menikmati perkhidmatan pengurusan produk ASNB secara dalam talian di laman web Maybank2u dan aplikasi MAE.

Semak baki, lihat sejarah transaksi dengan mudah

Menerusi kemudahan disediakan Maybank, pelanggan dapat menikmati pelbagai perkhidmatan menguruskan portfolio ASNB mereka dalam talian menerusi Maybank2u dan aplikasi MAE.

Pelanggan sedia ada dan baharu hanya perlu menghubungkan akaun ASNB mereka untuk membuat semakan baki, memindah dan menambah dana serta melihat sejarah transaksi mereka.

Pelabur ASNB juga boleh mengurus beberapa portfolio ASNB termasuk akaun anak mereka menerusi satu platform dengan mudah.

Kesemua ciri ini boleh digunakan oleh pelanggan secara automatik sebaik sahaja akaun ASNB mereka dihubungkan ke Maybank2u.

Hubungkan akaun ASNB secara selamat dan mudah

Bagi melindungi keselamatan dan privasi pemilik akaun, pengguna perlu memberi kebenaran untuk menghubungan akaun ASNB ke Maybank2u.

Proses 'one-off' ini harus dilakukan menerusi laman web Maybank2u atau aplikasi MAE dan terpakai kepada pelanggan baharu yang ingin menghubungkan akaun ASNB buat kali pertama serta pelanggan sedia ada yang menghubungkan akaun ASNB mereka.

Langkah bagi pemegang akaun sedia ada ini sebagai persetujuan agar akaun ASNB mereka terus dihubungkan dengan Maybank2u serta memberi Maybank persetujuan untuk mendedahkan butiran akaun di papan pemuka laman web Maybank2u dan aplikasi MAE.

Berikut empat langkah mudah untuk menghubungkan akaun ASNB ke Maybank2u:

Langkah 1: Log masuk > 'Settings' > 'Accounts' > 'ASNB Accounts'

Langkah 2: Semak Terma dan Syarat baharu > Klik 'Agree & Confirm'

Langkah 3: Lakukan pengesahan melalui SMS TAC atau Secure2u

Langkah 4: Akaun ASNB anda telah dihubungkan!

Dengan empat langkah ini, pelanggan kini boleh menggunakan perkhidmatan digital ini dengan mudah, selamat pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Pelanggan juga boleh menikmati pelbagai kemudahan urus niaga ASNB yang disediakan melalui aplikasi MAE untuk pengalaman lebih baik.

Berikut langkah mudah menghubungkan akaun ASNB ke aplikasi MAE:

Langkah 1: Buka MAE > Pilih 'Maybank2u' > 'Wealth' > Pilih 'ASNB Accounts'

Langkah 2: Semak Terma dan Syarat baharu > Pilih 'Agree & Link'

Langkah 3: Lakukan pengesahan melalui SMS TAC atau Secure2u

Langkah 4: Akaun ASNB anda telah dihubungkan!

Pelanggan bukan Maybank juga boleh nikmati kemudahan ini

Kemudahan ini tidak hanya terhad kepada pelanggan Maybank. Pelanggan bank lain turut dialu-alukan untuk menikmati perkhidmatan ini dengan memuat turun aplikasi MAE dan mendaftar secara percuma.

Melalui aplikasi MAE, pengguna bukan sahaja dapat menikmati kemudahan pelaburan ASB malah aplikasi ini turut menawarkan pelbagai ciri seperti penjejakan perbelanjaan, simpanan persendirian automatik melalui 'Tabung', tawaran dan promosi menarik.

Hubungkan akaun ASNB ke Maybank2u dan nikmati kemudahan pengurusan pelaburan ASNB segera.

Sertai kempen pelaburan ASNB

ASNB turut mengadakan beberapa kempen seperti Kumpul & Menang dan Jom Labur Online bagi memberi galakan kepada pelabur muda.

Menerusi kempen Kumpul & Menang, pelabur hanya perlu membuat pelaburan minimum RM10 bagi setiap mata penyertaan untuk melayakkan mereka menyertai cabutan secara rawak oleh sistem komputer ASNB.

Kempen yang berlangsung sehingga 31 Disember ini menawarkan hadiah bulanan dan hadiah utama berjumlah lebih RM1 juta.

Sementara itu, pelabur turut berpeluang untuk merebut 'Target Investment Plan' bernilai RM5,000 sehingga 31 Disember 2022 menerusi kempen Jom Labur Online.

Pelabur hanya perlu membuat pelaburan serendah RM500 melalui mana-mana saluran dalam talian.

Pemenang akan dipilih secara rawak melalui sistem yang diuruskan pihak ASNB dan setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu unit hadiah sepanjang tempoh kempen.

Layari laman web ASNB untuk maklumat lanjut mengenai Kumpul & Menang dan Jom Labur Online.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Oktober 2022 @ 3:23 PM