Maybank sedia pelbagai inisiatif menarik buka peluang pelanggan kongsi kebaikan sepanjang Ramadan - FOTO Maybank
Maybank sedia pelbagai inisiatif menarik buka peluang pelanggan kongsi kebaikan sepanjang Ramadan - FOTO Maybank
Suliati Asri

MENJADIKAN keindahan Ramadan ini lebih bermakna, Maybank menyantuni pelanggannya melalui kempen Kongsi Kebaikan Bersama Maybank yang dilancarkan pada 22 Mac lalu sehingga 21 April ini.

Kempen Kongsi Kebaikan adalah untuk menggalakkan semua individu dan masyarakat melakukan perbuatan baik dengan satu sama lain demi kemakmuran bersama selaras dengan komitmen Maybank untuk Menginsankan Perkhidmatan Kewangan yang menggalakkan amalan beretika selain sikap bertanggungjawab serta inklusif buat semua.

Namun, untuk menjadikan sesuatu perkara yang hebat, Maybank percaya setiap individu yang melakukan kebaikan perlu bergabung tenaga untuk memastikan tiada siapa diabaikan pada Ramadan ini.

Sokong peniaga tempatan

Justeru, kempen murni ini menyediakan pelbagai inisiatif menarik yang membuka peluang kepada masyarakat setempat untuk berkongsi kebaikan dengan semua antaranya menggalakkan sokongan diberikan kepada peniaga tempatan dengan tabiat membeli barangan atau makanan buatan tempatan.

Melalui Sama-Sama Lokal, orang ramai boleh membeli makanan dari pengusaha tempatan dengan hanya membuat pesanan melalui aplikasi MAE.

Setiap transaksi ini membolehkan keseluruhan ekosistem berkembang maju dengan membabitkan pembeli, peniaga dan pembekal .

Tawaran Menu Rahmah dan pelbagai menu menarik boleh dipesan dari senarai peniaga Sama-Sama Lokal Maybank dengan harga serendah RM5 disusun khas oleh pengusaha makanan (vendor) Sama-Sama Lokal Maybank tersebut .

Kongsi Kebaikan turut memperkenalkan Anda Simpan & Sokong, Kami Derma #UntukMu iaitu inisiatif menggalakkan tabungan pelanggan berkembang dan pada masa sama berikrar membantu orang lain yang memerlukan.

Melalui inisiatif ini, Maybank akan menderma RM100,000 sebaik sahaja jumlah ikrar mencecah jumlah 20,000, seterusnya akan mengagihkan dana kepada punca/benefisiari terpilih yang disokong MaybankHeart, iaitu platform crowdfunding dalam talian berasaskan derma Maybank.

Bagi pemegang Kad Kredit Ikhwan Maybank pula, kempen Add Good to Cart Maybank Islamic adalah peluang anda untuk berkongsi kebaikan sambil membeli belah.

Dianjurkan bertujuan memberi inspirasi kepada pengguna dalam talian dengan menderma secara tetap, inisiatif ini juga membolehkan sumbangan dimuatkan dalam transaksi pembayaran.

Dengan kerjasama MERCY Malaysia, dana yang dikumpul melalui inisiatif itu akan digunakan sebagai pembiayaan sosial untuk pembangunan kemanusiaan dan kesihatan berkaitan bencana serta untuk tindak balas kecemasan pemulihan, mitigasi dan perancangan.

Melalui inisiatif ini, orang ramai diingatkan untuk berbuat baik ketika membuat pembelian/urus niaga menggunakan Kad Ikhwan Maybank.

Imbas dan bayar melalui QR

Bagi memudahkan urusan berkongsi kebaikan dengan pembayaran derma dan aktiviti sedekah, perkhidmatan Imbas dan Bayar melalui QR disediakan di masjid terpilih seluruh negara.

Senarai lokasi Kod QR ini ada disenaraikan dalam halaman kempen Kongsi Kebaikan Bersama Maybank menerusi pautan ini.

Pada mereka yang ingin menunaikan zakat, anda boleh berbuat demikian menggunakan aplikasi MAE atau M2U. Kemudahan ini membolehkan ibadah zakat dibuat tanpa perlu keluar dari rumah.

 

Kongsi kebaikan dengan lebih 7,000 keluarga 

Dengan semangat 'Memberi Kembali Kepada Masyarakat', melalui Program Bantuan Ramadhan Serantau Maybank Islamic, Maybank berkongsi kebaikan dengan lebih 7,000 keluarga daripada 11 negara dengan menyediakan bekalan makanan supaya mereka dapat memenuhi keperluan asas pemakanan sepanjang Ramadan penuh keberkatan ini.

Maybank Islamic sentiasa komited terhadap inisiatif yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat terutamanya melalui program sosial untuk terus dekat di hati masyarakat.

Program Tautan Kasih

Menambahkan lagi kemeriahan Ramadan, Maybank dan Maybank Islamic turut menganjurkan Program Tautan Kasih, dengan mengagihkan kurma dan program berbuka puasa di semua cawangan pejabat Maybank yang terpilih.

Acara yang dianjurkan pejabat wilayah masing-masing disasarkan buat komuniti di sekitar masjid angkat dan kumpulan masyarakat sasaran yang memerlukan.

Program ini sejajar dengan komitmen Maybank Islamic untuk melabur dalam kebaikan bersama, sebagai penghargaan terhadap pemimpin masyarakat dan menjadi sebahagian daripada Kongsi Kebaikan Bersama Maybank.

Oleh itu, bagi yang ingin turut sama meraihkan dan menjadikan Ramadan kali ini sesuatu yang cukup bermakna, marilah sama-sama turut serta dalam kempen 'kongsi kebaikan' bersama Maybank ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen kongsi Kebaikan Bersama Maybank dan bagaimana anda boleh memainkan peranan dalam melakukan kebaikan, layari https://maybank.my/kongsi-kebaikan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 April 2023 @ 2:05 PM