Pengguna boleh memohon pelbagai kemudahan kewangan daripada Maybank bagi menikmati lebih penjimatan setiap hari. - FOTO Maybank
Pengguna boleh memohon pelbagai kemudahan kewangan daripada Maybank bagi menikmati lebih penjimatan setiap hari. - FOTO Maybank
Mohammad Asyraf Khalib

KADAR inflasi atau kenaikan harga barang di Malaysia dijangka kekal tinggi untuk tempoh beberapa bulan akan datang berikutan pelbagai faktor pendorong yang mempengaruhi kenaikan kos secara global.

Keadaan ini sudah tentu memberi tekanan besar kepada rakyat khususnya kumpulan B40 atau golongan berpendapatan rendah memandangkan kos sara hidup semakin meningkat dan membebankan. 

Pada masa sama, rata-rata pengguna juga takut untuk membuat sebarang keputusan membabitkan kewangan walaupun mempunyai simpanan wang besar kerana khuatir ia mungkin tindakan yang merugikan.

Bimbang dengan situasi itu, institusi perbankan terkemuka Malaysia, Maybank tampil menawarkan pelbagai kemudahan bagi meringankan beban kewangan pengguna mengikut keperluan semasa mereka.

Penjimatan petrol, barang runcit

Bagi mereka yang ingin menikmati lebih penjimatan dalam perbelanjaan harian terutama membabitkan petrol dan barangan runcit, pengguna disarankan memohon kemudahan kad kredit Maybank.

Anda boleh memilih pelbagai pilihan kad seperti PETRONAS Visa Platinum, PETRONAS Ikhwan Visa Platinum Card-i, PETRONAS Visa Gold atau PETRONAS Ikhwan Visa Gold Card-i

Selain itu, kad Maybank Visa Signature juga menjadi pilihan ramai pengguna untuk dimanfaatkan ketika membeli-belah.

Tidak cukup dengan itu, bermula Oktober nanti, 100 pengguna yang berbelanja menggunakan kad Visa, Master dan Amex dengan jumlah perbelanjaan paling tinggi berpeluang menikmati pulangan tunai bernilai RM500.

Tawaran ini juga terhad untuk 300 pelanggan setiap bulan serta tertakluk kepada terma dan syarat. Ketahui lebih lanjut mengenai kad kredit Maybank di sini.

Selain pulangan tunai, pelanggan yang melakukan transaksi menggunakan Apple Pay dengan minimum satu transaksi tanpa sebarang had berpeluang membawa pulang sebuah iPhone 14. Terhad kepada tiga pemenang sepanjang tempoh kempen. 

Pelaburan jangka panjang

Sementara itu, bagi pengguna yang ingin menikmati pulangan yang tinggi, anda boleh melabur dengan Maybank menerusi Unit Amanah, Pelaburan Emas (MIGA-i) atau Pembiayaan ASB/-i.

Menariknya, Unit Amanah membolehkan anda melabur dengan jumlah permulaan serendah RM1,000 dan berpeluang menikmati caj jualan bermula daripada satu peratus sehingga 31 Disember ini. 

Bagi pelanggan setia Maybank, anda tidak perlu berkunjung ke bank untuk membuka akaun kerana ia boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui laman web Maybank2u (M2U) sahaja.

Selain Unit Amanah, pelanggan Maybank juga boleh melabur menerusi Pelaburan Emas (MIGA-i) dengan modal serendah RM10 sahaja. 

Pelaburan ini menawarkan pelbagai manfaat seperti jual beli emas dengan harga pasaran masa nyata, tebus emas fizikal, jual semula emas fizikal serta berpeluang menukar emas kepada akaun emas. 

Pembukaan akaun pelaburan ini juga boleh dibuat dengan mudah secara dalam talian melalui laman web M2U, bagaimanapun ia hanya ditawarkan untuk pelanggan Maybank sahaja. 

Sementara itu, khusus bagi Bumiputera, anda boleh melabur sehingga RM200,000 di Amanah Saham Bumiputera melalui Pembiayaan ASB/-i dan berpeluang menikmati dividen tahunan yang konsisten serta pulangan dividen lebih tinggi. 

Tidak cukup dengan itu, pelabur juga bakal menikmati kadar Pembiayaan ASB/-i Maybank adalah di antara yang terendah iaitu daripada 4.20 peratus dan bayaran bulanan serendah RM47 sebulan. 

Paling penting, proses untuk memohon pembiayaan ini juga mudah kerana pelanggan sedia ada Maybank dan juga pelanggan baharu boleh memohon menerusi laman web M2U atau aplikasi M2U. 

Bagaimanapun, pastikan anda mempunyai akaun ASNB terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pembiayaan ini secara dalam talian bagi memastikan urusan permohonan lebih cepat, mudah dan lancar, .

Bermula sekarang hingga 31 Oktober ini, pelanggan yang membuat permohonan secara dalam talian melalui laman web Maybank2u atau aplikasi Maybank2u dengan minimum pembiayaan sebanyak RM10,000 berpeluang memenangi hadiah baucar percutian, wang tunai dan baucar minyak Petronas.

Kurang risiko

Bagaimanapun, bagi mereka yang mencari alternatif pelaburan jangka pendek yang lebih selamat dan kurang berisiko, anda boleh melabur menerusi akaun Maybank Islamic Zest-i atau Maybank eFixed Deposit atau e-Islamic Fixed Deposit

Zest-i membolehkan anda menikmati kadar keuntungan yang menarik berdasarkan nisbah perkongsian pelaburan dengan bank.

Bermula sekarang sehingga Disember 2022, mereka yang mendaftar dan melabur sekurang-kurangnya RM200 menerusi Zest-i berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan sepanjang tahun dengan nilai keseluruhan RM1.9 juta.

Pelaburan eFixed Deposit atau e-Islamic Fixed Deposit juga tidak kurang hebatnya kerana pengguna boleh menikmati kadar yang berpatutan iaitu setinggi 2.60 peratus* bagi pelaburan serendah RM1,000 untuk dua bulan. 

Kemudahan di hujung jari

Semua akaun pelaburan di atas termasuk permohonan kad kredit Maybank boleh diaktifkan secara dalam talian menerusi laman web M2U atau aplikasi M2U.

Sebagai pelanggan setia Maybank, anda tidak perlu bersusah payah berkunjung ke bank bagi proses pengesahan pelanggan kerana ia dapat disempurnakan di hujung jari sahaja. 

Bagi pelanggan baharu, anda perlu berkunjung ke bank untuk proses pengesahan pelanggan dengan mengikuti beberapa langkah mudah seperti di bawah bagi kelancaran urusan:

  • Langkah 1: Lakukan pra-permohonan untuk produk pilihan di laman web M2U
  • Langkah 2: Buat temu janji secara dalam talian menggunakan kemudahan EzyQ.
  • Langkah 3: Kunjungi cawangan Maybank yang dipilih untuk proses pengesahan pelanggan. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kemudahan kewangan yang ditawarkan Maybank, layari laman web Maybank.

Maybank dan Maybank Islamic ialah ahli PIDM. Perlindungan PIDM tertakluk pada kriteria yang boleh diinsuranskan. Sila rujuk senarai deposit yang diinsuranskan melalui www.maybank2u.com.my untuk maklumat lanjut

*Semua produk yang ditawarkan di atas adalah tertakluk kepada terma dan syarat. 
*Semua kadar pelaburan yang dinyatakan dalam artikel ini tertakluk kepada kadar semasa yang ditawarkan oleh Maybank ketika artikel ini ditulis dan ia boleh berubah tanpa sebarang notis. 
*Pelanggan disaran untuk membuat semakan menerusi laman web Maybank2u atau kunjungi cawangan Maybank berhampiran untuk mendapatkan kemaskini mengenai kadar terbaru. 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 September 2022 @ 11:46 AM