Muhammad Najmir Razaman

Memilih makanan yang diperakui halal adalah fardhu bagi setiap umat Islam. 

Namun begitu, agak sukar untuk kita menjumpai platform penghantaran makanan yang menyediakan makanan diyakini halal baik dari segi penyediaan mahupun penghantaran.

Menyedari akan pentingnya menjaga integriti halal setiap makanan yang dijamah oleh pelanggan Muslim mereka, syarikat penghantaran makanan popular, foodpanda menampilkan armada bekal by foodpanda.

Ia adalah satu platform penghantaran makanan di Malaysia yang menjanjikan penghantaran standard yang diperakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bermula dari restoran kepada rakan penghantar hinggalah ke pintu pengguna.

Halal dijamin. Halal dihantar.

Semua rakan penghantar makanan bekal by foodpanda juga terdiri daripada mereka yang beragama Islam yang diberikan latihan mengenai pematuhan Asas Kesedaran dan Pematuhan Halal, Sertu dan juga Kawalan Keselamatan dan Kebersihan Makanan.

Uniknya, bagi menjamin integriti halal makanan yang dipesan, beg penghantaran yang digunakan rakan penghantar juga dikhususkan untuk produk yang disahkan halal saja.

Selain itu, rakan penghantar bekal by foodpanda juga turut menggunakan baju berwarna kuning dan merah jambu bagi membezakan rakan penghantar bekal by foodpanda dengan rakan penghantar foodpanda yang lain.

Ia sejajar dengan prinsip utama bekal by foodpanda iaitu 'Halal dijamin. Halal dihantar'.

Pengguna juga boleh mendapatkan pemahaman yang lebih lanjut mengenai armada ini dengan melayari laman web bekal by foodpanda

Bersempena dengan Ramadan ini, pengguna bekal by foodpanda dapat menikmati potongan sebanyak RM6 apabila menggunakan kod promosi BEKAL di kesemua restoran halal bekal by foodpanda.

Kod promosi BEKAL ini boleh digunakan pada setiap hari di bulan Ramadan bermula jam 3 petang hingga 11.59 malam dengan belanja minimum RM40 bagi setiap pesanan.

Bagi menggunakan perkhidmatan ini, pengguna hanya perlu melancarkan aplikasi foodpanda atau layari www.foodpanda.my kemudian pergi ke bahagian "Penghantaran Makanan" dan klik pada banner bekal by foodpanda.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mac 2024 @ 9:43 AM