GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Rafidah Mat Ruzki


Putrajaya: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 1,054 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan sejumlah 4,452,835 kes dikesan sejak 25 Januari 2020 sehingga kini.

Data dalam laman web COVIDNOW menunjukkan, setakat tengah malam tadi juga, 28,778 kes aktif direkodkan.

Sebanyak 27,361 kes menjalani isolasi di rumah, seramai 14 dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 1,328 menjalani rawatan di hospital.

Seramai 33 pesakit kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) tetapi tidak memerlukan alat bantuan pernafasan manakala 41 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.

Setakat tengah malam tadi juga, sebanyak 4,107 kes sembuh dilaporkan, menyumbang kepada sejumlah 4,388,491 kes pulih sepenuhnya dari Covid-19.

KKM juga merekodkan tiga kematian akibat Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kes kematian kini sebanyak 35,567 kes.

Dua daripada kematian itu dilaporkan di Selangor dan satu lagi di Perak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mei 2022 @ 12:08 PM