DOS penggalak yang diberikan kepada penerima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Offsite Tapak Ekspo Seberang Jaya, semalam. FOTO Danial Saad
DOS penggalak yang diberikan kepada penerima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Offsite Tapak Ekspo Seberang Jaya, semalam. FOTO Danial Saad
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 22,864,655 individu atau 97.7 peratus populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dos vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, 23,155,545 individu atau 98.9 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja pula, sebanyak 87.6 peratus atau 2,758,498 individu berusia 12 hingga 17 tahun melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,849,786 individu atau 90.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, sejumlah 208,327 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 2,768 dos pertama, 3,843 dos lengkap dan 201,716 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada 58,055,878 dos termasuk 6,627,119 dos penggalak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 January 2022 @ 10:48 AM