GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 22,851,542 individu atau 97.6 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sebanyak 23,146,049 individu atau 98.9 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87.4 peratus atau 2,752,103 sudah melengkapkan vaksinasi manakala 2,844,678 atau 90.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 185,321 dos vaksin sudah diberikan semalam membabitkan 3,364 dos pertama, 4,900 dos lengkap dan 177,057 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 57,305,127 dos dengan 5,908,852 daripadanya adalah dos penggalak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Disember 2021 @ 8:54 AM