GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Seramai 22,813,571 individu atau 97.5 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam.

Berdasarkan portal Kementerian Kesihatan COVIDNOW, sejumlah 23,119,998 individu atau 98.8 peratus populasi dewasa Malaysia menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2,734,970 individu atau 86.9 peratus melengkapkan vaksinasi Covid-19, manakala 2,833,424 remaja atau 90 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sejumlah 78,205 dos vaksin diberikan semalam yang membabitkan 1,325 dos pertama, 1,971 dos kedua dan 74,909 bagi penerima dos penggalak.

Justeru, jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sehingga semalam, meningkat kepada 55,882,568, termasuk 4,575,798 dos penggalak.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Disember 2021 @ 11:12 AM