Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Rakyat digalakkan untuk melakukan ujian Covid-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan balik ke kampung.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun tidak diwajibkan, pengambilan ujian itu adalah satu tindakan untuk melindungi keluarga.

"Apa salahnya, untuk pastikan ibu bapa kita di kampung selamat, kita 'check' dulu diri kita," katanya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, ianya terserlah kepada setiap individu.

"Bagi mereka yang bergejala seperti demam, batuk, selsema dan sesak nafas, saya nasihat tangguhkanlah dahulu perjalanan.

"Sekiranya didapati positif, kuarantin diri atau hubungi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera," katanya.

Katanya, walaupun tiada lagi sekatan jalan raya (SJR) untuk mengawal pergerakan rentas negeri, katanya, pihak berkuasa akan melakukan pemeriksaan secara rawak mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Terdahulu, beliau mengumumkan kebenaran rentas negeri kepada individu lengkap vaksinasi bermula esok susulan kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90 peratus.

Perdana Menteri turut mengingatkan Keluarga Malaysia supaya tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran yang diberikan dalam usaha membantu negara bagi pembukaan semula ekonomi serta persediaan menjalani kehidupan fasa endemik dengan selamat.

Katanya, jika hal ini diambil mudah tidak mustahil penularan wabak akan kembali meningkat.

FOTO hiasan
FOTO hiasan

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Oktober 2021 @ 4:00 PM