Foto hiasan.
Foto hiasan.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad (TNB) bekerjasama dengan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam menangani gangguan bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang semalam.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, TNB berkata, kerjasama segera diberikan untuk mengembalikan bekalan sepenuhnya sebaik kerja baik pulih oleh PLUS selesai.

"Hasil semakan dengan pihak PLUS mendapati gangguan berpunca di bahagian pihak PLUS yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pemulihan bekalan.

"Pengujian atas bekalan yang disalurkan TNB ke jambatan pula mendapati kabel TNB berada dalam keadaan baik dan bekalan di pihak TNB sedia untuk dibekalkan," menurut kenyataan itu.

Semalam, pengguna di Jambatan Pulau Pinang terpaksa 'bergelap' selepas jambatan utama yang menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Perai itu mengalami gangguan bekalan elektrik.

PLUS turut mengeluarkan kenyataan mengesahkan gangguan yang berlaku dan semua lorong tol di jambatan berkenaan yang terjejas sejak malam semalam kembali berfungsi hari ini.

Berita berkaitan

Gangguan bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang, lorong tol berfungsi seperti biasa

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Oktober 2021 @ 10:17 PM