Foto hiasan
Foto hiasan
Nur Izzati Mohamad

Georgetown: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang sudah kembali normal sepenuhnya pada 3.19 pagi hari ini.

Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS Syed Mohammed Idid berkata, siasatan pihaknya mendedahkan berlaku kerosakan kabel di Kilometer (KM) 138 berkenaan menyebabkan bekalan elektrik terputus di jambatan dan plaza tol kelmarin.

"Namun, kabel ini berjaya dibaiki dan operasi kembali normal sepenuhnya.

"Keselamatan pelanggan adalah keutamaan nombor satu kami dan akan melakukan segala yang perlu bagi memastikan keselesaan di sepanjang perjalanan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, PLUS mengesahkan Jambatan Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan elektrik sejak 8.23 malam kelmarin.

Kejadian itu juga menyebabkan bekalan elektrik di kawasan sekitar pulau dan Seberang Jaya yang menghubungkan kepada jambatan turut terjejas.

Berita berkaitan

TNB bantu PLUS pulihkan gangguan elektrik

Gangguan bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang, lorong tol berfungsi seperti biasa

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Oktober 2021 @ 10:43 AM