GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Georgetown: PLUS Malaysia Berhad memberi jaminan struktur keseluruhan Jambatan Pulau Pinang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan susulan kebakaran kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah jambatan itu, semalam.

Menurut kenyataan PLUS hari ini, kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 7.30 malam dan tidak membabitkan sebarang kecederaan.

"Susulan kejadian, lorong kanan di kedua-dua hala melibatkan lokasi kebakaran akan ditutup selama beberapa hari bagi membolehkan siasatan secara bersama dijalankan oleh TNB, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta polis.

"Sepanjang tempoh berkenaan, PLUS menggalakkan orang ramai menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bagi mengurangkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang susulan penutupan lorong tersebut," demikian menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan:

  • Kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang terbakar sekali lagi
  • TNB siasat punca kabel terbakar
  • Kabel elektrik Jambatan Pulau Pinang terbakar
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2021 @ 2:32 PM