ANTARA pokok pisang yang musnah. FOTO Ramli Ibrahim
ANTARA pokok pisang yang musnah. FOTO Ramli Ibrahim
Ramli Ibrahim


Gua Musang: "Sampai bila kami terpaksa tanggung kerugian apabila kerap kali gajah liar musnah pokok pisang tanpa sebarang tindakan," kata Mohd Rosdi Ayub, 54, di Kampung Lembaga, di sini.

Dia mendakwa setakat ini 500 pokok pisang diusahakan di Jalan Subong dimusnah gajah liar terbabit.

Katanya, kejadian itu berulang sejak empat bulan lalu dan terbaru pula berlaku pagi kelmarin.

Beliau berkata, gajah liar dua beranak itu dipercayai masih berada dalam kawasan berkenaan dan kemungkinan lebih banyak lagi pokok pisang dimusnahnya.

"Pokok pisang yang dimusnah itu sudah mengeluar hasil dan terkejut apabila saya melihat keadaan pokok pisang tumbang bergelimpangan.

"Masalah itu sudah dilaporkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) tetapi belum ada tindakan," katanya di sini, hari ini.

Mokhtar berkata, bukan sahaja pendapatan terjejas disebabkan pokok pisang di musnahkan gajah liar itu tetapi takut juga untuk keluar menoreh getah.

Katanya, dia juga pernah terserempak dengan dua beranak gajah liar terbabit berada dalam kebun pisangnya dan sempat lari menyelamatkan diri.

Sementara itu, peneroka getah, Mokhtar Osman, 36, berkata, dia juga melarikan diri ketika melihat dua beranak gajah liar itu ketika itu memunggut getah sekerap dalam mangkuk diisi dalam tong.

"Kejadian itu berlaku 7 pagi hingga terpaksa tinggal getah sekerap begitu sahaja dan sampai hari ini masih takut untuk menoreh getah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Ogos 2021 @ 10:51 AM