KOTAK yang mengandungi mayat bayi. FOTO Ihsan pembaca.
KOTAK yang mengandungi mayat bayi. FOTO Ihsan pembaca.
Amirul Aiman Hamsuddin


Kuala Selangor: Mayat bayi lelaki ditemukan di dalam kotak di perhentian bas Kawasan Perindustrian Batu 22, Ijok, di sini, semalam.

Mayat ditemukan orang awam pada 10.35 pagi itu, sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin berkata, pegawai polis dari Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

"Orang awam itu memaklumkan menemui sebuah kotak yang mengandungi mayat bayi lelaki.

"Mayat kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Ambia berkata, bedah siasat terhadap mayat bayi itu dijalankan pada hari ini, dan punca kematian masih disiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 April 2021 @ 8:25 PM