MAYAT berkenaan. FOTO Ihsan Polis
MAYAT berkenaan. FOTO Ihsan Polis
Amirul Aiman Hamsuddin


Tanjong Karang: Mayat seorang lelaki ditemukan terdampar di pesisiran Pantai Sungai Kajang, dekat sini, semalam.

Mayat mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemukan oleh orang awam, dalam keadaan bogel, pada 11.50 pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Ambia Nordin berkata, sepasukan polis tiba di lokasi dan mendapati tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan melecet pada badan dan kaki mangsa.

"Tiada sebarang kecederaan yang disyaki atas perlakuan jenayah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Susulan itu, kata Ambia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dipanggil untuk bantuan sanitasi manakala Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor juga hadir ke tempat kejadian.

"Mayat dihantar ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Disember 2021 @ 9:43 AM