Keadaan di lokasi kebakaran bilik Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Timur Laut, hari ini. Foto Ihsan JBPM
Keadaan di lokasi kebakaran bilik Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Timur Laut, hari ini. Foto Ihsan JBPM
Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Polis masih menunggu laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berhubung kebakaran bilik Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, hari ini.

"Difahamkan kebakaran terbabit memusnahkan sebahagian arkib atau dokumen lama.

"Namun kita masih menunggu laporan lanjut daripada JBPM," kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan ketika ditemui di sini.

Kejadian pada 7.55 pagi itu memusnahkan kira-kira 40 peratus bilik berkenaan.

Kerja memadamkan kebakaran membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, BBP Lebuh Pantai dan BBP Paya Terubong.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Muhammad Tarmizi Md Jaafar berkata, kebakaran memusnahkan fail, komputer dan peralatan pejabat termasuk foto.

Tiada mangsa yang terbabit dan punca kebakaran masih disiasat.

Berita berkaitan

Bilik siasatan jenayah narkotik terbakar [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2021 @ 3:21 PM