Keadaan sebuah bilik darjah di Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi, Tasek Gelugor yang terbakar dalam kejadian pagi tadi. FOTO Ihsan JBPM
Keadaan sebuah bilik darjah di Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi, Tasek Gelugor yang terbakar dalam kejadian pagi tadi. FOTO Ihsan JBPM
Oleh Nur Izzati Mohamad


Tasek Gelugor: Sebuah bilik darjah di Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi, di sini, terbakar jam 8 pagi tadi.

Insiden itu disedari tukang kebun sebelum pengurusan sekolah menghubungi bomba.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang Mohammad Fikhri Abdul Aziz berkata, sebaik tiba, kebakaran sudah memusnahkan kerusi serta meja manakala struktur bangunan kelas juga rosak.

"Mujur ketika kejadian tiada murid di dalam kelas kerana mereka sedang mengikuti program yang diadakan di dewan sekolah," katanya dihubungi.

Operasi memadam api dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor dengan bantuan BBP Butterworth.

Setakat ini, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Februari 2024 @ 11:27 AM