Dr Ahmad Shahir Makhtar
Dr Ahmad Shahir Makhtar
Ruwaida Md Zain

MAJLIS Agama Islam Selangor (Mais) menghulurkan sumbangan bantuan berjumlah RM88,800 kepada peniaga kecil bukan asnaf di negeri ini yang terjejas punca pendapatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19.

Setiausaha Mais, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, sumbangan itu membabitkan 296 peniaga kecil yang masing-masing menerima sebanyak RM300 setiap seorang.

"Mais mengenalpasti seramai 296 peniaga kecil bukan asnaf dan mereka menerima sumbangan

berbentuk wang tunai sebanyak RM300 setiap seorang.

"Agihan sumbangan ini sudah dilaksanakan oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), iaitu anak syarikat Mais.

"Pembayaran sumbangan ini selesai dikreditkan ke dalam setiap akaun penerima masing-masing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Shahir berkata, kelayakan bagi penerima bantuan ini adalah peniaga kecil yang bukan asnaf di bawah kategori B40.

"Bantuan disalurkan ini hasil Tabung Prihatin Covid-19 MAIS.

"Mais berharap dengan bantuan disalurkan ini, meringankan beban mereka terutamanya kepada peniaga kecil yang terkesan dan hilang punca pendapatan akibat pelaksanaan PKP.

" Mais juga turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai terutama kepada

penyumbang Tabung Prihatin Covid-19 Mais dalam menyampaikan bantuan kepada

golongan yang memerlukan dan semoga sumbangan yang diberikan ini akan mendapat

ganjaran Allah SWT, " katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2020 @ 6:28 PM