HELMI Mahmood hasil RM1 yang diperoleh sehari PKP. FOTO Ahmad Ismail
HELMI Mahmood hasil RM1 yang diperoleh sehari PKP. FOTO Ahmad Ismail
Ahmad Ismail.


OPERATOR tandas awam turut terjejas teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi menangani penularan wabak Covid-19.

Operator tandas awam di Pasar Awam Segamat, Helmi Mahmood Mustaffa, 28, berkata, kutipan terjejas teruk sepanjang PKP dikuat kuasa.

Katanya, waktu operasi pasar berkenaan yang dibenarkan dari jam 8 hingga 11 pagi ditambah dengan peraturan hanya ketua keluarga dibenarkan keluar, menambahkan kemerosotan kutipannya.

“Sebelum ini kutipan sehari sekitar RM50, namun sepanjang PKP pernah kutipan yang peroleh hanya RM1 sehari,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Helmi berkata, dia memperoleh tender operator tandas di pasar awam itu sejak awal 2009 dan menghabiskan masanya kira-kira 10 jam setiap hari di situ sebelum PKP.

Katanya, bayaran 30 sen yang dikenakan kepada pelanggan hanya cukup untuk menampung kos penyelenggaraan tandas sahaja.

“Setiap bila saya perlu membayar sewa RM150 kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi ketika ini mereka mengecualikan sewa selama tiga bulan susulan PKP.

“Oleh itu saya berharap mereka dapat melanjutkan lagi tempoh pengecualian sewa untuk tiga bulan lagi bagi memberikan tempuh pemulihan pendapatan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 April 2020 @ 4:48 PM