1. WAJAH model sebelum disolek.
1. WAJAH model sebelum disolek.
2. LANGKAH pertama, sapukan bedak asas menggunakan rona sesuai dengan kulit wajah, sapukan dengan rata supaya hasilnya kelihatan kemas.
2. LANGKAH pertama, sapukan bedak asas menggunakan rona sesuai dengan kulit wajah, sapukan dengan rata supaya hasilnya kelihatan kemas.
3. PADA bahagian mata, gunakan warna mewah seperti keemasan untuk mendapatkan penampilan memukau.
3. PADA bahagian mata, gunakan warna mewah seperti keemasan untuk mendapatkan penampilan memukau.
4. LAKAR bahagian kening dengan kemas dan yang penting, jangan terlalu tebal atau comot.
4. LAKAR bahagian kening dengan kemas dan yang penting, jangan terlalu tebal atau comot.
5. SETERUSNYA, pemerah pipi. Sapukan mengikut arah yang betul dan warna selamat.
5. SETERUSNYA, pemerah pipi. Sapukan mengikut arah yang betul dan warna selamat.
6. BENTUK wajah dan kemaskan keseluruhan solekan.
6. BENTUK wajah dan kemaskan keseluruhan solekan.
7. TERAKHIR, sapukan gincu. Pemilihan warna biarlah sesuai dengan busana digayakan.
7. TERAKHIR, sapukan gincu. Pemilihan warna biarlah sesuai dengan busana digayakan.
MENAWAN dengan solekan perkahwinan moden.
MENAWAN dengan solekan perkahwinan moden.
MODEL bersama Helmy.
MODEL bersama Helmy.
Siti Nadirah Hafidzin

Wow, cantiknya pengantin! Itu antara ungkapan paling dinantikan dan pastinya menggembirakan setiap raja sehari ketika berdepan dengan sanak-saudara, rakan taulan dan tetamu yang hadir pada hari bahagia.

Ternyata jenis solekan pada hari persandingan memainkan peranan penting serta memberi impak besar dalam sesebuah majlis perkahwinan.

Wajah pengantin perempuan yang disolek dengan tepat dan sesuai bukan saja mampu menaikkan seri wajah malah sekali gus mencuri tumpuan setiap tetamu yang hadir.

Dalam apa juga jenis solekan, pemilihan warna antara elemen terpenting yang dapat menentukan hasil sesuatu solekan.

Tidak perlu keterlaluan atau memberi fokus menggunakan rona terang untuk mendapatkan impak ‘wow’, namun solekan kemas dan sesuai dengan wajah perlu diutamakan.

Menurut jurusolek profesional Helmy Sharip yang berkecimpung dalam bidang solekan dan andaman sejak lebih lapan tahun lalu, elemen terpenting dalam penghasilan sesuatu solekan menarik adalah pada bedak asas.

“Bedak asas yang digunakan perlu bersesuaian dengan rona kulit wajah sebelum ia diratakan dengan kemas supaya cantik dan tidak bercapuk.

“Selain penekanan pada bedak asas, penggunaan warna pembayang mata yang bersesuaian dengan tema serta busana dipakai juga antara elemen penting,” katanya.

Helmy berkata, warna pembayang mata memberikan impak besar dalam sesuatu solekan dan justeru, dinasihatkan supaya menggunakan warna bersesuaian.

“Jangan terlalu mengikut warna trend solekan yang pelbagai kerana tidak semestinya rona yang menjadi ikutan itu sesuai dengan mata dan warna kulit.

“Selain elemen bedak asas dan warna pembayang mata, elemen perlulah dikemaskan dan yang penting, tidak keterlaluan supaya hasil solekan nampak memukau,” ujarnya.

Helmy berkongsi teknik tepat menghasilkan solekan khusus untuk majlis perkahwinan moden yang banyak menggunakan rona keemasan dan burgandy.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 November 2016 @ 12:02 PM