KUALA LUMPUR 31 DISEMBER 2018. Penetapan harga minyak petrol dan diesel ditangguh sementara buat masa ini ketika tinjauan di Stesen Shell Jalan Bangsar. NSTP/AZHAR RAMLI
KUALA LUMPUR 31 DISEMBER 2018. Penetapan harga minyak petrol dan diesel ditangguh sementara buat masa ini ketika tinjauan di Stesen Shell Jalan Bangsar. NSTP/AZHAR RAMLI
Hairulazim Mahmud


KEMENTERIAN Kewangan (MOF) hari ini mengumumkan harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 2 sen seliter menjadikan harganya RM2.64 seliter.

MOF dalam kenyataannya hari ini berkata, RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter, bagi tempoh 7 Disember hingga 13 Disember ini.

Menurut MOF, harga runcit petroleum ditetapkan secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) iaitu harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya masing-masing RM2.34 dan RM2.30 seliter.

Katanya, ini menunjukkan penurunan dari minggu lalu bagi harga runcit RON95 yang berada pada paras RM2.36 seliter, manakala kenaikan bagi harga runcit diesel RM2.29 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

“Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh terbabit adalah berjumlah RM107.40 juta,” menurut kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Disember 2019 @ 5:58 PM