GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Noor Atiqah Sulaiman

HARGA runcit petrol RON97 turun empat sen seliter daripada RM2.53 sen seliter kepada RM2.49 seliter.

Bagaimanapun harga RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.08 serta RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 31 Januari.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, berdasarkan pengiraan mengikut formula Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing sepatutnya RM2.19 serta RM2.26 seliter.

“Ini menunjukkan penurunan daripada minggu lalu bagi harga runcit petrol RON95 yang berada pada paras RM2.23 seliter, manakala kenaikan bagi diesel yang berada pada paras RM2.33 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk itu dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter, selaras keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” katanya dalam kenyataan diberikan.

Menurut kenyataan berkenaan, dengan pengekalan harga runcit bagi produk petroleum terbabit, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 25 Januari hingga 31 Januari ini adalah berjumlah RM49.30 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 January 2020 @ 7:51 PM