Laporan portal Harian Metro mengenai kejadian rogol pembantu rumah Indonesia yang didakwa membabitkan Exco Perak sebelum ini.
Laporan portal Harian Metro mengenai kejadian rogol pembantu rumah Indonesia yang didakwa membabitkan Exco Perak sebelum ini.
Mohd Hafizee Mohd Arop


POLIS menafikan dakwaan kononnya laporan forensik kes rogol pembantu rumah warga Indonesia membabitkan seorang Exco Perak hilang seperti dakwaan menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook (FB), ‘1 Malaysia Tolak DAP’.

Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain berkata, satu laporan polis sudah dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap pemilik akuan FB berkenaan.

Menurutnya, polis masih menunggu laporan perubatan dan laporan Jabatan Kimia mengenai kes berkenaan bukannya laporan berkenaan hilang seperti didakwa menerusi akaun FB terbabit.

“Pemilik FB berkenaan memuat naik status ‘Laporan Forensik kes rogol exco DAP Perak dilaporkan hilang. Bagaimana boleh hilang? Ada tangan ghaibkah yang mengarahkan laporan forensik tersebut dilenyapkan?’ dengan mengaitkan kenyataan media Ketua Wanita MCA (Datuk Heng Seai Kie).

“Kertas siasatan dibuka dan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan medianya di Ipoh, hari ini.

Razarudin berkata, kenyataan tidak bertanggungjawab dibuat pemilik akaun FB berkenaan adalah fitnah sekali gus mencabar kewibawaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan siasatan dengan telus dan teliti.

“PDRM ingin menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan siasatan polis serta menidakkan ketelusan, keadilan dan nama baik PDRM terutamanya PDRM Perak,” katanya.

Berdasarkan semakan di FB berkenaan mendapati status itu dimuat naik pada 9.58 malam tadi dengan mengaitkan status itu dengan kenyataan Seai Kie.

Status berkenaan dikongsi oleh 149 warganet dan menerima 53 komen sehingga 5 petang ini.

Berita berkaitan

Exco Perak disyaki rogol pembantu rumah

Exco Perak nafi tuduhan rogol

Pendakwaan terima kertas siasatan kes rogol babitkan EXCO [METROTV]

EXCO Perak ditahan untuk siasatan

Pembantu rumah ditempatkan di tempat selamat

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Julai 2019 @ 5:53 PM