Lelaki yang merempuh tiga beranak sehingga maut semalam direman empat hari mulai hari ini. FOTO Ihsan Pembaca
Lelaki yang merempuh tiga beranak sehingga maut semalam direman empat hari mulai hari ini. FOTO Ihsan Pembaca
Muhamaad Razis Ismail


LELAKI warga Thailand yang merempuh motosikal sehingga mengakibatkan ibu dan dua anak maut di Jalan Machang - Tanah Merah - Jeli di Nibong, Tanah Merah semalam direman empat hari bermula hari ini.

Lelaki berusia 25 tahun itu dibawa ke hadapan Majistret Ahmad Armi Najamuddin Azmi pada 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, suspek direman empat hari bermula hari ini hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Kita akan mencadangkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 44 APJ 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah kerana dalam ujian air kencing suspek positif syabu atau pil kuda.

“Namun kita perlu menunggu laporan kimia terlebih dulu dan Seksyen 44 APJ 1987 ini membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa hari ini.

Harian Metro hari ini melaporkan, tiga beranak maut selepas motosikal mereka dirempuh kereta muatan ketum di Jalan Machang-Tanah Merah-Jeli, Kampung Nibong semalam.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, Nur Zurita Kadir, 27, bersama dua anaknya, Siti Husna Qaisara Adnan, 4, dan Muhammad Adam Mukhriz, 5, meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan menghantar salah seorang anaknya ke tadika berhampiran.

Berita berkaitan

[UPDATE] Suspek rempuh tiga beranak ditahan [METROTV]

Tragedi hantar anak sekolah

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mei 2019 @ 3:59 PM