FOTO Kamal Majid
FOTO Kamal Majid
Oleh Kamal Majid

Tanah Merah: Seorang peniaga kantin Hospital Jeli berusia 49 tahun maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh pokok di kilometer 81 Jalan Tanah Merah-Jeli, Bukit Bunga, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.50 pagi itu mangsa Tuan Azman Tuan Yusoff, 49, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan dada.

Mayat dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat.

Mangsa dikata dalam perjalanan dari Machang untuk pulang ke rumahnya di kampung Kolam Ayer Lanas.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan menerima laporan kemalangan terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Disember 2015 @ 10:59 AM