SK-II

Kuala Lumpur: Sekumpulan kanak-kanak berganding bahu dengan personaliti tempatan untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia agar ‘Dream Big’ di media sosial, di sini, hari ini.

Personaliti terkenal itu termasuk penyanyi dan pencipta lagu tanah air yang bertapak di persada antarabangsa, Yuna; pelakon Awal Ashaari dan Aaron Aziz; bintang YouTube, Jinnyboy; ratu cantik, Soo Wincci dan juga pemenang pingat emas Sukan SEA, Farah Ann Abdul Hadi.

Sesi perbualan ini dianjurkan berdasarkan hasil penemuan yang agak mengejutkan daripada Tinjau Selidik Indeks Impian Global, yang turut mendorong SK-II untuk menerbitkan filem menyentuh hati ‘Dream Again | SK-II #changedestiny’.

Tinjau Selidik Indeks Impian Global pertama yang dikendalikan oleh jenama penjagaan kulit mewah SK-II mendedahkan keputusan yang membimbangkan iaitu separuh daripada penduduk wanita dunia melupakan impian masing-masing dan tidak puas hati dengan kehidupan mereka sekarang.

Sentimen di Asia lebih membimbangkan kerana wanita semakin kurang berpuas hati dengan kehidupan semakin lanjut usia mereka.

Tinjau selidik melibatkan 5,400 wanita di 14 negara merentasi enam benua ini mendapati keputusan yang serupa di Malaysia, dengan enam daripada 10 wanita tidak berusaha mencapai impian atau tidak berpuas hati dengan kehidupan masing-masing.

Halangan utama yang mematahkan semangat untuk mengejar impian yang dipendam sejak kecil di Malaysia termasuk sokongan kewangan terhad, kebimbangan untuk keluar daripada zon selesa dan tidak memenuhi definisi kejayaan lazim.

Sebaliknya, keputusan juga mendapati 82 peratus daripada wanita di seluruh dunia yang berusaha mencapai impian masing-masing berpuas hati dengan kehidupan dan benar-benar memperlihatkan definisi peribadi kejayaan sebagai melakukan sesuatu yang anda minati.”

Menyedari bahawa impian semakin pudar seiring usia dan golongan dewasa yang masih menyemai impian adalah lebih gembira daripada mereka yang tidak berbuat demikian[ii] telah mendorong SK-II untuk menerbitkan filem “Dream Again | SK-II #changedestiny”.

Ia adalah satu eksperimen sosial yang mengetengahkan kanak-kanak yang bebas memendam impian dan mengejar cita-cita masing-masing sebagai kaunselor tidak diduga bagi dewasa.

Sepanjang filem mini ini, jelas dilihat bagaimana sekatan sosial dan rasa harga diri yang rendah menghalang ramai wanita daripada mengejar impian masing-masing; wanita yang ditemu bual meluahkan bagaimana mereka mula melupakan impian zaman kanak-kanak apabila mereka membesar dan tanggungjawab hidup menjadi semakin mencabar.

Pada akhir eksperimen filem mini, ‘pakar dewasa’ didedahkan sebagai ‘wakil’ bagi kanak-kanak yang terselindung di belakang kamera dan set telinga.

Pendedahan dramatik ini menemukan wanita yang ditemu bual dengan kanak-kanak yang tersenyum lebar sambil mengingatkan mereka dengan kata-kata semangat yang ringkas tetapi bermakna agar jangan melupakan impian masing-masing.

“Dream Again | SK-II #changedestiny” ialah edisi terbaru kempen #changedestiny jenama terkenal tersebut, berikutan kejayaan “Marriage Market” dalam usahanya memperkasakan wanita agar merencanakan masa depan dan mencapai cita-cita masing-masing.

Presiden Global SK-II, Markus Strobel berkata, Kempen #changedestiny mencabar kepercayaan bahawa nasib anda sudah ditentukan sejak dari lahir dan meraikan wanita yang telah mengatasi cabaran untuk mencapai kejayaan

“Dengan menggalakkan wanita mencapai impian dan memperkasakan mereka untuk mengatasi halangan peribadi dan masyarakat, kami berharap untuk memberi inspirasi kepada wanita agar mengejar impian mereka,” katanya.

Di Sukan SEA 2015 di Singapura, Farah Ann mengharumkan nama Malaysia dengan memenangi enam pingat walaupun menerima komen kurang menyenangkan – satu kejayaan yang dicapai oleh hanya segelintir atlet.

Farah Ann berkata: “Buat peminat dan rakan sepasukan saya, terus menyemai impian besar, yakin terhadap diri sendiri dan jangan sama sekali mengaku kalah dalam usaha mencapai cita-cita anda.

“Amat penting untuk menetapkan cita-cita dan berusaha mencapai impian tersebut. Sentiasa ingat bahawa anda tidak pernah terlambat untuk mencapai impian anda.”

Sementara itui, sebagai pemenang berbilang anugerah muzik, termasuk Video Muzik Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 2014, Yuna mempunyai pandangan yang sama, dan memberi dorongan kepada para peminatnya.

“Ingat, jangan melupakan impian anda. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan tetapi satu-satunya perkara yang menghalang kita daripada mencapai cita-cita kita ialah diri kita sendiri. Terus memendam impian besar dan bekerja keras, tiada siapa tahu sejauh mana pencapaian kita dalam hidup,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2016 @ 9:50 AM