MARIAM menunjukkan dua laporan polis yang dibuat berhubung kes kehilangan wang di dalam akaun bank.
MARIAM menunjukkan dua laporan polis yang dibuat berhubung kes kehilangan wang di dalam akaun bank.
Oleh Asmah Rusman

Kuala Lumpur: Seorang eksekutif sebuah syarikat telekomunikasi bingung apabila ‘toyol’ yang mencuri kad pengeluaran wang automatik (ATM) miliknya mampu mengeluarkan wang walaupun tidak memiliki nombor pin rahsia kad itu.

Suspek dikatakan membuat pengeluaran menggunakan dua kad ATM milik mangsa membabitkan kerugian sebanyak RM4,500.

Mangsa, Mariam Abdullah, 57, berkata, dia hanya menyedari dua kad bank miliknya yang ditinggalkan di dalam beg tangan hilang ketika mahu keluar dari pejabatnya di Bangsar, Khamis lalu.

“Sebelum itu saya meninggalkan dompet dan beg tangan di atas meja di pejabat untuk pergi ke tandas kira-kira jam 10.30 pagi.

“Saya hanya menyedari kehilangan kad itu dua jam kemudian. Saya kemudian pergi ke cawangan bank berhampiran untuk membuat aduan berhubung kehilangan kad itu,” katanya.

Dia bagaimanapun sekali lagi terkejut apabila pihak bank memaklumkan suspek melakukan pengeluaran wang sebanyak RM1,500 pada jam 11.30 pagi hari sama.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2015 @ 6:56 AM