Subang Jaya: Seorang pemilik rumah tidak percaya ‘toyol’ yang menceroboh dan melarikan wang tunai serta barang kemas miliknya berjumlah RM25,000 adalah jirannya sendiri.

Dalam kejadian jam 9 pagi kelmarin, mangsa yang berusia 34 tahun hanya menyedari kediamannya di pangsapuri di Taman Puchong Hartamas, Bukit Puchong, di sini, dipecah masuk selepas pulang dari kerja.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mangsa mendapati pintu jeriji kediamannya terbuka dan terdapat kesan umpil.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 November 2014 @ 5:13 AM