JOHAN menunjukkan  hartanah miliknya yang bakal dijual di Florida, Amerika Syarikat.
JOHAN menunjukkan hartanah miliknya yang bakal dijual di Florida, Amerika Syarikat.
Oleh Ikram Ismail

Kuala Lumpur: Siapa sangka tindakan tuan rumah memintanya mengosongkan rumah sewa di Ampang sekitar 1990-an merubah hidupnya apabila dia kini muncul antara ahli perniagaan yang mengukir kejayaan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Pada ketika itu, kerjaya anak kacukan Melayu-Belgium sebagai pelakon, model dan atlet jet ski negara namun kini Johan Abdul Hamid, 49, mengorak langkah menjadi pelabur hartanah di luar negara.

"Pada akhir 1990-an, saya terpaksa berpindah dan mengambil keputusan pulang ke Belgium untuk menjaga nenek yang sedang sakit.

"Pada ketika itu saya terbaca satu buku bertajuk 'Rich Dad, Poor Dad' dan daripada situ saya mempertaruhkan nasib membeli hartanah pertama di Belgium iaitu apartmen bernilai 125,000 Euro (RM540,000) untuk disewakan," kata anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini.

Johan yang memegang dua ijazah sarjana bidang Kewangan Antarabangsa dan Komunikasi berkata, ketika itu, pinjaman bank mudah diluluskan dan hanya memerlukan 10 peratus untuk bayaran muka

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Disember 2014 @ 2:12 PM