SAMBUTAN Tahun Baharu di lokasi ikonik, Times Square, New York yang ditutup kepada orang awam. FOTO AFP
SAMBUTAN Tahun Baharu di lokasi ikonik, Times Square, New York yang ditutup kepada orang awam. FOTO AFP
APF

Washington: Amerika Syarikat kini sudah mencatat 20 juta kes Covid-19, kata Universiti Johns Hopkins pada Jumaat.

Negara itu kini mencatatkan 20,007,149 kes dengan 346,408 kematian akibat pandemik Covid-19, yang menjadikan negara itu mempunyai kes dan jumlah kematian tertinggi.

Pada hari Rabu sahaja, lebih daripada 3,900 orang maut, ia rekod harian baru.

Pakar percaya yang terburuk belum lagi tiba dan petugas kesihatan sedang bersiap sedia dengan peningkatan kes dan kematian selepas ini berikutan perhimpunan musim perayaan.

Lebih daripada 125,000 orang kini dirawat di hospital akibat Covid-19 - satu lagi rekod - menurut Covid Tracking Project.

Negara ini sudah memulakan vaksinasi secara besar-besaran dan hampir 2.8 juta orang sudah menerima suntikan pertama mereka.

Lebih daripada 12 juta dos sudah diedarkan di seluruh negara, menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit, tetapi usaha untuk memvaksinasi pekerja kesihatan dan golongan rentan dihambat masalah logistik dan keadaan hospital serta klinik.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2021 @ 11:16 AM