YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
BERNAMA

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan ke-62 kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

"Semoga Allah SWT merahmati Baginda dengan kebahagiaan dan melanjutkan usia Baginda," menurut poster itu.

Tarikh 26 April adalah hari kelepasan am bagi Terengganu sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2024 @ 12:26 PM