PENGUNJUNG boleh bermesra dengan kucing.
PENGUNJUNG boleh bermesra dengan kucing.
GALERI Animal Malaysia sedia tempat perlindungan selamat untuk kucing jalanan.
GALERI Animal Malaysia sedia tempat perlindungan selamat untuk kucing jalanan.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


INISIATIF pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Haiwan Malaysia (PHM) membuka pusat perlindungan kepada kucing jalanan sememangnya wajar diberi pujian.

Selain dapat menyelamatkan kucing dari bahaya di jalanan, Galeri Animal Malaysia turut menyediakan tempat perlindungan selamat dan berkualiti untuk penghuninya.

Galeri yang bertempat di Taman Million, Kuala Lumpur itu juga menjadi 'orang tengah' bagi pencinta haiwan mendapatkan kucing jalanan untuk dibela.

Presiden PHM, Arie Dwi Andika berkata, sebahagian kucing yang ada di galeri itu diselamatkan dari jalanan dan bakinya diserahkan sendiri pemilik asal atas faktor yang diterima.

Katanya, kucing jalan yang diselamatkan dirawat terlebih dahulu sehingga pulih dan dimandulkan sebelum dibenarkan ia diambil mereka yang berminat.

"Untuk kucing serahan pula, hanya yang sihat dan pihak galeri berpuas hati dengan alasan pemilik (yang terpaksa serah) akan diterima.

"Ia juga bergantung kepada kekosongan tempat yang ada," katanya.

Dalam pada itu, ada empat sangkar khas yang dikhususkan untuk kucing yang menjalani rawatan dan pemerhatian.

Apabila sembuh dari rawatan, kucing itu dimasukkan ke sangkar pemulihan sementara menunggu proses pemandulan dan menaikkan berat badan.

MESRA kucing jalanan yang berada di Galeri Animal Malaysia.
MESRA kucing jalanan yang berada di Galeri Animal Malaysia.

Selepas itu baru ia dipindahkan ke sangkar dikhaskan untuk kucing yang sedia untuk dipelihara (adoption).

Anak kucing juga diletakkan dalam sangkar berasingan daripada kucing dewasa.

"Selain itu, semua kucing juga diperiksa dan diberikan vaksinasi secara berkala untuk meminimumkan risiko penyakit berjangkit," katanya.

Meskipun menempatkan puluhan kucing, tetapi kawasan galeri tetap bersih terjaga dan tidak berbau.

Ini kerana pusat perlindungan haiwan itu menggunakan pasir tofu daripada Izzlisha Majesty - Cat Litter, Cat Hotel & Spa.

SANGKAR khas untuk kucing yang menjalani pemulihan.
SANGKAR khas untuk kucing yang menjalani pemulihan.

Makanan untuk kucing yang ada juga dari Buttons and Bows Malaysia manakala Biovet.Hq dan Neco Pet Care pula menyediakan makanan tambahan yang berkualiti dalam membantu penyembuhan serta masalah kesihatan haiwan berkenaan.

Ia menjadikan pengunjung lebih selesa dan bebas bermain dengan kucing.

Sementara itu, bagi yang mahu memiliki kucing sebagai haiwan peliharaan juga boleh berkunjung secara terus ke galeri berkenaan.

Begitupun, pihak galeri hanya memilih mereka yang benar-benar layak untuk mengambil kucing kerana ia memerlukan tanggungjawab dan komitmen.

Pihak Galeri Animal Malaysia turut mengalu-alukan pengunjung datang bersama keluarga untuk berkongsi kasih sayang dengan kucing.

SEMUA kucing diberikan vaksinasi secara berkala untuk mengurangkan risiko penyakit berjangkit.
SEMUA kucing diberikan vaksinasi secara berkala untuk mengurangkan risiko penyakit berjangkit.

Selain itu, khidmat sukarelawan juga digalakkan bagi membantu kerja pembersihan sangkar dan rawatan kucing.

Ini memandangkan jumlah kucing jalanan yang semakin meningkat di galeri itu.

Bagi yang berminat, galeri itu dibuka setiap Isnin hingga Sabtu dari 11 pagi hingga 5 petang.

KUCING jalanan yang mendapat keluarga baharu menerusi galeri itu.
KUCING jalanan yang mendapat keluarga baharu menerusi galeri itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Oktober 2022 @ 6:30 AM