ARNAB perlu diberus bagi penjagaan kulit dan bulu yang sihat.
ARNAB perlu diberus bagi penjagaan kulit dan bulu yang sihat.
Nurul Husna Mahmud


Arnab antara yang kerap menjadi pilihan sebagai haiwan peliharaan kerana berbulu dan manja. Penjagaan haiwan peliharaan ini dikategorikan sebagai dandanan sendiri atau 'self grooming.'

Haiwan ini mempunyai pelbagai baka antaranya 'lionhead,' 'jersey wooly' dan angora yang memiliki bulu panjang.

Angora umpamanya baka yang berasal dari Turki dan dipercayai sebahagiannya dipelihara bagi tujuan mendapatkan bulu namun masih perlu didandan.

Seperti kucing, arnab perlu disikat sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi merapikan bulu yang akan mengalami keguguran semula jadi secara berterusan.

Khusus untuk baka arnab berbulu panjang, ia tidak hanya diberus semata-mata. Sebaliknya memerlukan kerja-kerja menggunting mahupun 'mengetam' bagi memastikan bulu baru dapat tumbuh dengan baik.

ARNAB antara haiwan yang menjadi pilihan peminat haiwan peliharaan.
ARNAB antara haiwan yang menjadi pilihan peminat haiwan peliharaan.

Sebaiknya, kenal pasti keadaan arnab terlebih dahulu sama ada sihat atau tidak bagi membolehkan kerja-kerja dandanan yang diberikan sesuai dengan keperluan haiwan 'bulus' berkenaan.

Berikut beberapa elemen dalam mendandan arnab peliharaan:

BAHAGIAN kelenjar bau yang perlu dirapi bagi mengelak jangkitan serius.
BAHAGIAN kelenjar bau yang perlu dirapi bagi mengelak jangkitan serius.

1. Mendandan atau merias bulu

Arnab mempunyai kulit yang nipis dan sensitif, jadi pastikan tekanan atau gaya memberus adalah dalam kadar lembut atau 'ringan.'

Gunakan berus khas untuk haiwan peliharaan seperti kucing dicadangkan kerana materialnya lebih lembut.

Seperti haiwan lain, kerenah arnab juga berbeza antara satu sama lain. Bermakna ada arnab suka dan ada yang tidak suka didandan.

Dalam kes baka jenis lionhead, angora dan arnab berbulu panjang yang lain, tiada pengecualian malah suatu keutamaan iaitu perlu diberus setiap hari bagi mengelakkan bulu dan bebola rambut bergumpal.

Aktiviti memberus dan merapi bulu arnab juga membantu rutin pemeriksaan kesihatan secara tidak langsung. Ini termasuklah bahagian kelenjar bau yang sensitif dengan jangkitan bakteria.

Antara isu membabitkan kerja-kerja merapi bulu arnab adalah kemungkinan terdapat tompok botak yang menjadi petanda sama ada wujudnya hama atau kemungkinan masalah kelemumur.

2. Mandi

Arnab secara semula jadi sangat bersih dan tidak perlu mandi melainkan ia terdedah kepada kotoran atau diselaputi najis. Jika perlu memandikan arnab, gunakan air sahaja atau syampu arnab mahupun syampu kucing yang lembut.

Jangan sekali-kali membenamkan arnab sepenuhnya ke dalam air dan hanya membasahkan kawasan yang kotor sahaja.

Biasanya arnab memberi reaksi 'menggeliat' atau 'meronta-ronta' ketika mandi. Mungkin perlu pangku atau bantuan orang lain dalam memastikan sesi memandikan haiwan kesayangan itu menjadi lebih mudah.

Keringkan arnab dengan tuala dan gunakan pengering rambut (tetapkan kepada suam, tidak panas) jika perlu.

POTONG kuku juga antara rutin penjagaan yang penting.
POTONG kuku juga antara rutin penjagaan yang penting.

3. Memotong kuku arnab

Kuku arnab boleh tumbuh menjadi sangat panjang dan tajam. Keadaan ini memberikan rasa tidak selesa buat anda dan arnab.

Sebaiknya gunting kuku apabila panjang menggunakan gunting kuku jenis 'guillotine' (dibuat untuk kucing dan burung).

Cara mengendalikan arnab pula ialah bungkus arnab dengan tuala terlebih dahulu untuk menenangkannya dan mengelakkan kecederaan ketika ia menendang.

Cuba pegang arnab dengan bahagian belakang dan kepalanya diselit pada celah siku.

Jika arnab anda mempunyai kuku berwarna cerah (bahagian kuku yang mengandungi darah) sangat kelihatan menjadikannya sangat mudah untuk dipotong.

Hanya gunting bahagian kukut sepatutnya sebelum arnab bergerak tetapi jangan terlalu rapat. Gunakan lampu pen untuk melihat sempadan kuku yang perlu dipotong.

Orang sering takut memotong kuku haiwan peliharaan kerana bimbang terpotong 'isi' atau terkeluar darah.

Sekiranya pendarahan berlaku, ia boleh dihentikan dengan salah satu kaedah berikut:

Sapukan serbuk 'styptic' ke bahagian yang mengalami pendarahan sama ada menggunakan jari atau bola kapas. Jika menggunakan bola kapas tekan pada bahagian kuku bagi menghentikan pendarahan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Julai 2022 @ 6:16 AM