OnePlus 11 5G
OnePlus 11 5G
Muhammad Saufi Hassan

 

 

Pengeluar peranti pintar, OnePlus kini memperkenalkan peranti baharu mereka selepas seminggu dilancarkan untuk pasaran China iaitu OnePlus 11 5G.

  Peranti berkenaan menggunakan kuasa cip pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 bersama padanan memori (RAM) 16GB dengan binaan LPDDR5X.

  Ia sekali gus menjadi 'pembunuh peranti kelas perdana' dengan penawaran spesifikasi terkini termasuk keupayaan OnePlus 11 5G secara keseluruhan.

  Peranti ini didatangkan dengan saiz skrin 6.7 inci dengan paparan Super Fluid AMOLED LTPO3 dengan QHD+ pada resolusi 3126 x 1400.

  Sesuai dengan peranti kelas perdana, OnePlus 11 5G ini turut didatangkan dengan kadar segar semula 120Hz bersama teknologi HDR10+.

  Untuk tetapan kamera, OnePlus 11 5G ini menggunakan tiga lensa dengan keupayaan 50 Megapiksel (MP) sudut lebar, 48MP sudut ultra lebar dan 32MP telefoto manakala lensa swafoto adalah 16MP.

  OnePlus juga bijak menggunakan pengimbas cap jari bawah skrin yang begitu responsif tanpa sebarang kelengahan manakala untuk penggunaan peranti sepanjang hari, ia didatangkan dengan kapasiti bateri 5000 mAh.

  Pengguna juga tidak perlu menunggu lama untuk pengecasan kerana ia didatangkan dengan pengecas pantas 100W SuperVOOC.

  Bagi sistem operasi pula, ia menggunakan pemuka Oxygen OS 13 yang berasaskan kepada Android 13 dengan sokongan kemas kini perisian.

  Tanda harga untuk peranti ini adalah RM3299 bagi variasi 8GB RAM dan 128 GB warna Titan Black dan RM3,599 (16/256 GB) warna Eternal Green.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Februari 2023 @ 12:19 AM