Kamera 200MP S23 Ultra.
Kamera 200MP S23 Ultra.
Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

 

Prestasi kamera yang berada pada kelasnya tidak mengira keadaan khususnya ketika pencahayaan kurang.

  Imej yang terhasil menerusi lensa peranti ini adalah yang terbaik pernah disaksikan dan kualiti imej terperinci.

  Peranti terbaharu keluaran Samsung iaitu Galaxy S23 Ultra berada pada tahap tersendiri jika dibandingkan dengan peranti pintar yang lain.

  Malah, pengguna juga diberikan kebebasan untuk menggunakan mod kamera yang dirasakan sesuai bersama kualiti lensa bermula daripada 50 megapiksel (MP) atau menggunakan lensa berprestasi tinggi 200MP.

  Penulis kagum dengan kualiti imej yang terhasil selain binaan paling premium untuk siri Galaxy S23 Ultra ini.

  Maka, tidak hairanlah Samsung menggunakan sensor kamera paling maju dalam pasaran iaitu 200MP kerana hasil gambar serta video yang terhasil adalah sangat baik berbanding mana-mana peranti lain.

  Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kamera Samsung Galaxy S23 Ultra ini adalah persis penggunaan kamera DSLR.

  Penulis juga berpandangan bahawa Galaxy S23 Ultra ini adalah 'kelahiran semula' untuk kamera DSLR bersifat konvensional, namun kali ini berbentuk peranti pintar.

  Samsung menepati citarasa pengguna yang sangat berkait rapat dengan dunia fotografi apabila menggunakan sensor 200 megapiksel (MP) untuk lensa utama bersama mod profesional.

  Peranti ini juga adalah pengubah landskap fotografi mudah alih dan setiap imej yang dirakam adalah setaraf penggunaan kamera konvensional seperti generasi DSLR.

  Bagi ketiga-tiga variasi berkenaan, Galaxy S23 Ultra adalah kelas tertinggi untuk generasi berkenaan dengan spesifikasi ukuran skrin 6.8 inci QHD+ Edge bersama paparan Dynamic AMOLED 2X Display.

  Memenuhi kehendak pengguna pada hari ini, peranti itu juga didatangkan dengan teknologi paparan Super Smooth 120Hz bersama 240Hz Touch Sampling khusus untuk mod permainan.

  Paling mengagumkan untuk siri Galaxy S23 Ultra adalah tetapan empat lensa dengan sensor utama 200 megapiksel (MP) sekali gus menghasilkan imej kualiti umpama kamera DSLR.

  Ia juga turut didatangkan dengan 12MP lensa sudut ultra lebar, dua 10MP lensa telefoto serta 200MP lensa sudut lebar.

Binaan peranti berkenaan khususnya untuk variasi Samsung Galaxy S23 Ultra adalah sangat premium dengan padanan skrin AMOLED memberikan kadar kecerahan terbaik dalam kelasnya.

  Boleh dikatakan bahawa variasi Galaxy S23 Ultra adalah calon peranti pintar Android paling berkuasa bermuma daripada aspek sensor kamera sehingga kepada keupayaan peranti berkenaan.

  Penulis jatuh cinta dengan binaan di bahagian belakang peranti ini dan Samsung masih mengekalkan rekaan tiga lensa dan ia turut didatangkan dengan stylus yang diletakkan di bahagian simpanan bawah peranti.

  Pengguna juga boleh memilih untuk variasi tetapan memori (RAM) 12 bersama storan bermula 256GB sehingga 1TB mengikut kesesuaian.

  Keupayaan peranti itu juga akan mengubah definisi sebenar fotografi mudahalih dengan beberapa mod khusus seperti Astrophotography untuk rakaman imej angkasa dan keupayaan imej pada pencahayaan kurang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Februari 2023 @ 4:43 PM