PENULEN Udara LG PuriCare
PENULEN Udara LG PuriCare
Intan Mas Ayu Shahimi

Berkurung di rumah untuk berlindung dari udara luar yang kotor, bukan lagi alasan relevan. Walaupun ramai yang masih beranggapan demikian, namun kajian menunjukkan udara dalam rumah sebenarnya lebih kotor berbanding di luar.

Realitinya, terdapat banyak faktor pencemar di rumah yang jarang kita sedari. Asap pembakaran di sekeliling, pendingin hawa yang tidak diselenggara dengan baik, binaan rumah yang rosak, permainan lama, perabot yang disaluti bahan kimia atau cat, peralatan plastik, penyembur aerosol, pewangi bilik, racun perosak dan pencuci pakaian, masing-masing melepaskan pelbagai zarah kecil serta toksik ke udara.

Keadaan mungkin bertambah teruk sekiranya tiada pengudaraan yang baik di dalam rumah. Suasana terkepung, tingkap sentiasa tertutup, susunan blok rumah yang padat dan rapat semuanya menghalang kemasukan udara tambahan dari luar yang dapat mengurangkan kepekatan udara kotor di dalam bilik. Keadaan ini jelas menyebabkan udara kotor tidak dapat ditolak kerana tiada peredaran udara keluar-masuk yang sempurna.

Keperluan untuk mempunyai udara dalam rumah yang bersih lebih memuncak jika ada ahli keluarga yang menghidap asma atau terlantar sakit. Mereka perlukan pengudaraan yang bersih dan baik supaya sentiasa boleh berasa selesa.

Berikutan kurangnya kesedaran dan pemahaman dalam kalangan ibu bapa, ramai yang membuat kesimpulan mudah, mengatakan kediaman mereka selamat dan bersih daripada pencemaran. Sekiranya benar bersih, apa pula faktor pemicu kepada kemerosotan kesihatan anak-anak di rumah?

KEBERSIHAN udara dalam rumah bantu lindungi kesihatan keluarga
KEBERSIHAN udara dalam rumah bantu lindungi kesihatan keluarga

Peneraju teknologi global, LG Electronics (LG) memiliki jawapan tepat! Komited menggabungkan inovasi dalam reka bentuk produk keluarannya, LG bangga memiliki penyelesaian udara paling pintar untuk kediaman sempurna.

Penulen Udara LG PuriCare berfungsi membersihkan udara, penyerap pencemaran dan membuang alergen daripada persekitaran melalui konsep penulenan 360 darjah.

Tidak perlu gusar jika mempunyai anak kecil. Tetapan Baby Care yang unik membolehkan penulenan udara dilakukan sehingga ke bahagian lantai paling bawah. Ini sekali gus memberi pengalaman udara sihat dan berkualiti buat bayi, khususnya ketika mereka sedang aktif merangkak dan bermain di lantai.

Menurut Presiden Penyelesaian Udara dan Perkakasan Rumah LG, Song Dae-hyun, sebagai peneraju industri, pihaknya mempunyai tanggungjawab untuk menjadi penggerak utama dalam evolusi peralatan pintar.

“Kajian menunjukkan bahawa pencemaran dalam rumah dan habuk boleh menjejaskan kualiti hidup keluarga. Justeru, dengan sensor pengawasan udara yang sensitif, PuriCare secara automatik menghilangkan zarah debu halus apabila kualiti udara dianggap tidak selesa untuk penghuni kediaman.

“Malah, pemantauan udara masih berlaku walaupun PuriCare dimatikan dan hanya akan berfungsi apabila saringan udara diperlukan,” katanya.

Dengan reka bentuk silinder, PuriCare mempunyai teknologi penulenan udara paling canggih dalam industri. Ia mampu meniup udara bersih hingga 7.5 meter, sekali gus membantu menghapus faktor pencemaran.

Selain PuriCare, LG turut memperkenalkan pendingin hawa DualCool serba baru dengan sistem Dual Inverter Compressor yang mampu menjimatkan tenaga sehingga 70 peratus.

Menariknya, pendingin hawa ini bukan saja mampu mencapai penyejukan 40 peratus lebih pantas, tetapi turut dilengkapi teknologi penghalau nyamuk menggunakan gelombang ultrasonik yang terbukti tidak berbahaya kepada manusia.

Tip mengurangkan ­pencemaran dalam rumah

1. Pastikan rumah sentiasa bersih dan elakkan pilihan dekorasi sarat

2. Jika tidak berkesempatan membersihkan rumah dengan kerap, simpan perhiasan kecil dalam almari bertutup

3. Elakkan penggunaan karpet berbulu tebal kerana ia cenderung menjadi perangkap habuk

4. Jika anda tetap mahukan karpet sebagai penghias kediaman, pastikan ia kerap dibersihkan sebaik mungkin

5. Sekalipun dapur sudah dilengkapi penyedut asap, pastikan tingkap terbuka luas setiap kali anda memasak untuk melancarkan pengudaraan

6. Pastikan botol atau bekas mengandungi bahan kimia beracun sentiasa dalam keadaan tertutup kemas

7. Elakkan memanaskan enjin kenderaan di garaj

8. Sentiasa bersihkan perabot dan pastikan ia mendapat sedikit sinar matahari untuk mengelak kelembapan

9. Selenggara pendingin hawa mengikut jadual

10. Buat larangan merokok di dalam dan sekitar kawasan kediaman

11. Sentiasa pastikan wujud pengudaraan dalam rumah

12. Buka sedikit tingkap pada waktu malam (tidur)

13. Pertimbangkan pemasangan kipas penyedut udara di kawasan memerlukan

14. Pilih tanaman bersesuaian untuk diletakkan di dalam rumah

15. Biak tanaman yang mampu membersihkan udara daripada pelbagai risiko pencemaran seperti aloe vera, Chlorophytum comosum, sansevieria, kekwa, Chamaedorea sefritzii atau spathiphyllum.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2018 @ 10:28 AM