PANASONIC lancarkan kempen Sehati Beraya bermula 16 Mei hingga 30 Jun.
PANASONIC lancarkan kempen Sehati Beraya bermula 16 Mei hingga 30 Jun.
Siti Zarinah Sahib

Sempena Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma, wanita dibebani pelbagai tugas yang perlu diselesaikan. Memasak untuk juadah bersahur serta berbuka dan pada masa sama memastikan rumah dalam keadaan bersih dan kemas.

Malah kesibukan di pejabat membuatkan mereka letih dan tidak mempunyai masa melakukan kerja rumah. Melihat lantai yang kotor dan berhabuk, baju belum dibasuh dan digosok menyebabkan kaum Hawa berasa tertekan.

Namun perkembangan teknologi dan inovasi terkini yang digunakan dalam pelbagai peralatan kediaman memudahkan tugas suri rumah. Ini tentunya menjadikan kerja lebih mudah bukan saja di bahagian dapur, bahkan di ruang tamu dan bilik tidur.

1. Pembersih vakum “iT”

Bahagian ruang tamu tentunya menjadi perhatian kerana di sini lokasi saudara-mara berkumpul sambil menikmati juadah enak hari raya. Membersih menggunakan penyapu tentunya memenatkan dan menyukarkan sapuan di ruang tersorok seperti di bawah sofa atau celahan pintu. Ia juga tidak 100 peratus bersih.

Menggunakan semburan juga tidak baik untuk kulit sensitif dan persekitaran kerana mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan radang.

Untuk kerja lebih mudah dan cepat, pembersih vakum dua dalam satu Panasonic memudahkan urusan membuang habuk sehingga di bawah perabot dan tempat yang sukar dicapai.

Ia ringan, praktikal dan boleh digunakan untuk permukaan rata, rak sehingga ke dalam kereta. Ia mudah dan cepat, secara tidak langsung memastikan kesihatan keluarga daripada alahan kulit akibat habuk dan debu.

2. Penyaman udara siri elite inverter Sky

Udara panas di luar rumah menyebabkan anda rasa kurang selesa. Apatah lagi sekiranya mengunjungi saudara-mara pada hari yang sama. Peluh akan menyebabkan pakaian basah dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Untuk udara yang segar, sejuk dan bebas debu, penggunaan pendingin hawa berkualiti sangat penting agar kulit tidak kering.

Rangkaian pendingin hawa siri Sky mampu menyejukkan udara sambil menapis debu agar anda sekeluarga sentiasa selesa. Ia mempunyai ciri Skywing yang terletak di bahagian atas hawa dingin supaya udara dialirkan kepada siling dan dinding bilik untuk menyejukkan bilik dengan rata. Haba yang berada di dalam dinding dan siling juga dikeluarkan apabila ia disejukkan oleh angin daripada penghawa dingin ini.

3.Pembersih udara

Bau yang kurang menyenangkan akan mengganggu keselesaan anda terutama pada musim perayaan. Tetamu yang datang bertandang akan terkesan dengan bau pada bahagian dapur rumah anda.

Pastikan tiada benda organik seperti makanan yang rosak atau hanyir di dalam rumah. Dengan membuang benda yang mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, udara di dalam rumah akan segar serta-merta. Pastikan semua benda berbau di dalam peti sejuk, almari dan tong sampah di buang serta merta.

Pembersih Udara Panasonic Nanoe mampu menghapuskan 99 peratus bakteria di udara di samping mengekalkan kualiti udara di sekitar rumah. Dilengkapi penapis komposit yang boleh mengeluarkan zarah halus menembusi sehingga ke dalam fabrik, sekali gus membantu menyelesaikan alahan dan gejala asma.

4. Mesin basuh Cuble

Menjelang Syawal banyak pakaian termasuk langsir, alas cadar yang perlu dicuci agar kelihatan baru dan berseri. Asingkan semua sarung kusyen, langsir, alas kaki serta alas meja dan buat jadual mengikut bahagian rumah sebelum mencucinya.

Untuk kerja cucian menjadi lebih mudah, mesin basuh dan pengering Panasonic direka dengan gaya hidup premium menjadikan tugas mencuci pakaian lebih cepat dan mudah. Hanya memerlukan masa 34 minit untuk cucian 10 kilogram. Dengan prestasi menakjubkan, anda mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga tersayang.

5. Seterika

Menggosok baju juga dianggap bebanan bagi wanita terutama busana yang akan digayakan pada hari raya kerana fabrik digunakan lebih lembut dan mahal. Bagi yang memiliki keluarga yang ramai sudah tentu banyak pakaian yang harus digosok dan ia me­ngambil masa yang lama.

Anda boleh menetapkan masa menggosok dan melakukan tugasan itu sehingga selesai kerana ia dapat menjimatkan tenaga. Elakkan menggosok berulang-kali kerana akan menyebabkan anda tertekan. Untuk kerja yang lebih mudah anda juga boleh menggunakan seterika Optimal Panasonic yang sangat praktikal kerana direka dengan kawalan suhu mengikut keperluan. Jadi anda tidak perlu membuang masa menetapkan suhu untuk jenis pakaian tertentu.

6. Pancuran mandi elektronik

Selepas seharian melakukan kerja rumah, mandi di bawah pancuran air suam pastinya memberikan kelegaan berganda. Sebelum itu anda boleh juga merendam kaki di dalam air suam bagi memberikan kelegaan. Selepas 20 minit mandi menggunakan Pancuran Mandi Elektronik agar anda berasa lega dan tenang.

Peralatan ini mempunyai paparan LCD yang menunjukkan set suhu pancuran, mod dan masa. Suhu pancuran juga boleh diselaraskan dan mod dihidupkan dengan operasi butang sentuhan yang mudah. Ia senyap menjadikan waktu mandi boleh dilakukan bila-bila masa. Selain itu butang buka dan tutup menjimatkan air dan penggunaan elektrik. Dengan satu butang suis 'On/Off', ia boleh menghentikan aliran air dan elektrik serentak sebagai satu ciri keselamatan utama.

Menjadikan perayaan ini lebih bermakna bermula 16 Mei hingga 30 Jun, Panasonic melancarkan kempen Sehati Beraya yang dijayakan bersama duta, Rita Rudaini dan Khatijah Tan.

Sesuai tema Raya Bersama, Baru Sempurna, Aidilfitri adalah masa untuk berkumpul seisi keluarga. Sambil menikmati juadah enak salam kemaafan dihulur sebagai tanda mengukuhkan ikatan kekeluargaan.

Jadikan Hari Raya ini lebih hebat dengan tawaran istimewa menerusi pembelian:

- Kombo Sehati (Bundle promo)

- Pembelian dengan pembelian

- Hadiah percuma

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang panasonic.com.my atau talian khidmat pelanggan 03-7953 7600. Semak dengan wakil penjual Panasonic untuk promosi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Jun 2017 @ 11:35 AM