HIDANGAN siap dimasak.
HIDANGAN siap dimasak.
Yusliza Yakimir Abd Talib

Makanan boleh menjadi penawar atau racun kepada kesihatan, bergantung kepada jenis dan amalan pemakanan setiap orang.

Bagi mereka yang mahu mengubah gaya pemakanan, tetapi tidak sanggup ‘menggadaikan’ rasa dalam hidangan, pelbagai resipi sihat boleh dicuba.

Sebenarnya, tidak sukar menyediakan menu makanan sihat, tapi masih enak dinikmati seisi keluarga. Kebiasaannya, stigma masyarakat terhadap makanan sihat hanyalah berkisar mengenai sayuran mentah, rasa tawar dan kurang menarik.

Hakikatnya, menyediakan resipi sihat juga amat menarik kerana selain mudah, bahan yang digunakan juga kebiasaannya sedia ada di rumah.

Bergantung kepada kreativiti masing-masing untuk menjadikan hidangan indah dipandang dan membangkitkan selera, asalkan ada kemahuan pasti matlamat untuk menjadikan gaya hidup sihat dapat direalisasikan.

Pemilihan makanan sihat bukan saja membantu anda mengawal kalori yang diambil setiap hari, malah mungkin terhindar daripada pelbagai penyakit bahaya disebabkan pemakanan tidak sihat.

Jika dulu hidangan seperti nasi lemak, roti canai, makanan segera, kuih muih manis dan bergoreng menjadi santapan setiap pagi, tiba masa anda mula mengubah rutin dengan memasak sarapan sendiri yang ringkas, tapi menyihatkan.

Berikut bahan dan cara penyediaan hidangan souffle telur yang boleh dicuba sendiri di rumah yang disediakan Zuraima Mohd Ismail.

Bahan

• 2 biji telur

• 1 sudu kecil minyak zaitun

• 1/2 biji lada benggala merah

• Segenggam kecil daun bayam

• Garam dan lada hitam

BAHAN-BAHANNYA.
BAHAN-BAHANNYA.

1. LADA benggala dihiris kasar. Masukkan hirisan lada benggala ke dalam bekas pembakar, dan dibakar selama 15 minit dalam ketuhar yang dipanaskan pada 170 darjah Celsius. Selepas masak, lada benggala dipotong dadu.

2. PECAHKAN telur, dan asingkan putih dan kuning telur. Masukkan putih telur, garam dan lada hitam ke dalam pemukul. Pukul sehingga kembang
2. PECAHKAN telur, dan asingkan putih dan kuning telur. Masukkan putih telur, garam dan lada hitam ke dalam pemukul. Pukul sehingga kembang

3. SAPU dua bekas pembakar kecil dengan minyak zaitun. Bahagikan telur putih sama rata ke dalam dua bekas membakar itu.
3. SAPU dua bekas pembakar kecil dengan minyak zaitun. Bahagikan telur putih sama rata ke dalam dua bekas membakar itu.

4. SUSUN daun bayam dan lada benggala ke atas telur.
4. SUSUN daun bayam dan lada benggala ke atas telur.

5. LETAKKAN kuning telur secara perlahan ke atas adunan. Bakar dalam ketuhar pada 150 darjah Celsius selama 15 minit, atau sehingga telur kuning masak. Pastikan telur putih tidak hangus atau terlalu masak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Disember 2017 @ 3:42 PM