AYAM sumbat Popeye.
AYAM sumbat Popeye.
Yusliza Yakimir Abd Talib

Memasak dan menikmati makan malam seisi keluarga bersama-sama membantu melahirkan keluarga yang sihat dan gembira.

Anak yang didedahkan kepada bahan sihat dan berkualiti serta kaedah memasak makanan sihat sejak usia muda, lebih cenderung membuat pilihan pemakanan sihat apabila dewasa kelak.

Membesarkan anak juga semakin mencabar terutama menerusi aspek pemakanan kerana kanak-kanak sering mengadu makanan mereka yang hambar dan tiada rasa terutama sayur-sayuran dan sajian menyihatkan.

Oleh itu, menggalakkan anak makan secara sihat sebenarnya bermula dengan pemikiran mereka. Satu panduan yang baik untuk membuatkan kanak-kanak teruja makan ialah dengan membabitkan mereka dalam proses memasak.

Memasak hidangan sihat juga tidaklah sesukar yang disangkakan malah sesetengahnya boleh dilakukan bersama ketika masa lapang dan tentunya menjadikan pengalaman menyeronokkan buat seisi keluarga

Pemilihan makanan sihat bukan saja membantu anda mengawal kalori yang diambil setiap hari, malah boleh menghindarkan pelbagai penyakit bahaya disebabkan pemakanan tidak sihat.

Jika dulu hidangan seperti nasi lemak, roti canai, makanan segera, kuih-muih manis dan bergoreng menjadi santapan setiap hari, tiba masa anda mula mengubah rutin dengan menyediakan sendiri sajian untuk seisi keluarga yang ringkas, tapi menyihatkan.

Memasukkan sayuran dalam hidangan anda menjadikan makanan bukan saja menyihatkan malah dapat memberi seisi keluarga nutrisi mencukupi dalam satu hidangan.

Apatah lagi tidak semua kanak-kanak menggemari sayuran yang dimakan begitu saja, lebih elok sekiranya satu hidangan dapat menyatukan semua kandungan penting terdiri daripada protein dan sayuran.

Menerusi resipi ayam sumbat Popeye misalnya, sayuran seperti bayam dan cendawan yang dilumatkan bersama isi ayam, pasti menarik selera anak anda tanpa perlu memaksa mereka makan sayur.

Berikut bahan dan cara penyediaan hidangan ayam sumbat Popeye yang boleh dicuba sendiri di rumah yang disediakan jurulatih kecergasan, Siti Fadhlina Halipah.

Bahan:

• Isi ayam (bahagian dada)

• Bayam

• Bawang putih

• Cili padi (jika mahu sedikit rasa pedas)

• Cendawan shiitake

• Bawang holland

• Serbuk kunyit

• Garam dan gula secukup rasa

• Lada hitam yang telah ditumbuk

• Lemon

BAHAN-BAHANYA.
BAHAN-BAHANYA.

1. TUMBUK isi ayam dan ketepikan. Untuk inti, tumbuk bayam, cili padi, cendawan shiitakae, bawang putih dan bawang holland sehingga lumat. Masukkan garam, gula dan lada hitam secukup rasa. Gaul sebati. Perah beberapa hirisan lemon ke dalam inti.
1. TUMBUK isi ayam dan ketepikan. Untuk inti, tumbuk bayam, cili padi, cendawan shiitakae, bawang putih dan bawang holland sehingga lumat. Masukkan garam, gula dan lada hitam secukup rasa. Gaul sebati. Perah beberapa hirisan lemon ke dalam inti.

2. LETAKKAN inti di atas ayam yang dilenyekkan dan gulung ayam bersama inti.
2. LETAKKAN inti di atas ayam yang dilenyekkan dan gulung ayam bersama inti.

3. PANGGANG gulungan ayam di atas kuali tidak melekat di atas api perlahan dan balik-balikkan hingga masak.
3. PANGGANG gulungan ayam di atas kuali tidak melekat di atas api perlahan dan balik-balikkan hingga masak.

4. HIDANGAN ayam sumbat Popeye siap dan enak dimakan bersama nasi panas atau pasta.
4. HIDANGAN ayam sumbat Popeye siap dan enak dimakan bersama nasi panas atau pasta.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 January 2018 @ 1:36 PM