Hidup di negara ini cukup bertuah kerana kepelbagaian masakan enak dapat dinikmati di mana-mana dan pada bila-bila masa. Lihat sajalah kewujudan restoran yang bercambah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Setiap hari ada saja restoran baru dibuka dan diperkenalkan.
Boleh dikatakan negara kita ini bagaikan 'syurga' makanan, kerana pastinya memenuhi pilihan selera anda dari hidangan tradisi hingga antarabangsa asalkan bersesuaian dengan bajet.
Tidak dinafikan, hidangan yang dimasak sendiri di rumah lebih memuaskan hati dan menjimatkan malah ada kurang gemar makan di luar kerana tidak mahu membazir apatah lagi jika bilangan isi rumah agak ramai.
Sebenarnya, memasak sendiri lebih baik kerana semuanya dalam kawalan dari segi kebersihan, kesegaran dan kandungan bahan yang digunakan.
Malah, anda boleh bereksperimen dengan mempelbagaikan rasa daripada resipi asal dan tidak salah juga jika mencuba pelbagai resipi baru untuk dihidangkan kepada keluarga.
Namun, ramai bimbang untuk cuba memasak sendiri terutama hidangan tradisi yang dianggap lebih ‘renyah’ dan perlu masa lama untuk menyiapkannya.
Masakan tradisi seperti masak lemak misalnya tidaklah sesukar yang dianggap sesetengah orang malah jika diikutkan, masakan ini sangat mudah disediakan tanpa menggunakan banyak bahan atau mengambil masa lama.
Untuk ruangan resipi kali ini, dikongsikan cara memasak udang galah masak lemak cili padi ringkas tapi menyelerakan dengan hanya mengambil masa kurang 20 minit untuk disediakan.
Bahan:
• 15 ekor udang galah saiz sederhana
• 1 mangkuk santan segar
• 1 helai daun kunyit (dicarik)
• 1 batang serai (diketuk)
• 2 keping asam gelugor
• Garam dan gula secukup rasa
Bahan dikisar:
• 2 ketul kecil kunyit hidup (kira-kira 2 inci)
• 1 labu bawang besar
• 2 ulas bawang putih
• 20 biji cili padi (boleh kurangkan jika tidak mahu pedas)
Langkah-langkah